Ahad, 12 Januari 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search

di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Lelaki M&#39;perdagang Orang Ditahan <b>Di Tanah Merah</b> - MyNewsHub

Posted: 30 Dec 2013 12:41 AM PST


KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pemerdagangan orang dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Khamis lepas.

Pengarahnya Mahasan Mustapa berkata lelaki berusia 46 tahun dan berasal dari Tanah Merah itu ditahan bersama 24 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang menaiki sebuah bas yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.45 malam.

"Siasatan awal mendapati pendatang terbabit diseludup masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand sebelum menaiki bas dua tingkat yang disewa khas untuk dihantar ke Kuala Lumpur,"  katanya kepada Bernama hari ini.

Mahasan berkata sebelum itu pihaknya membuat pemeriksaan di sekatan jalan raya di kampung tersebut bersama Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) bagi mengesan kemasukan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata dalam pemeriksaan itu pihaknya turut menahan pemandu bas dan pemandu kedua yang berusia 44 dan 45 tahun bagi membantu siasatan, dan dibebaskan setelah selesai mengambil keterangan daripada mereka.

"Pendatang terbabit yang berusia antara 17 dan 52 tahun ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Mahasan berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda tanpa had atau kedua-dua sekali.

Beliau berkata semua pendatang terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan (2002). – BERNAMA

Lelaki M'perdagang Orang Ditahan Di Tanah Merahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/3-Lelaki-Ditahan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/3-Lelaki-Ditahan-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pemerdagangan orang dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Khamis lepas. Pengarahnya Mahasan Mustapa berkata lelaki berusia 46 tahun dan berasal dari Tanah Merah itu ditahan bersama 24 pendatang tanpa izin warga...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pemerdagangan orang dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Khamis lepas. Pengarahnya Mahasan Mustapa berkata lelaki berusia 46 tahun dan berasal dari Tanah Merah itu ditahan bersama 24 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang menaiki sebuah bas yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.45 malam. "Siasatan awal mendapati pendatang terbabit diseludup masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand sebelum menaiki bas dua tingkat yang disewa khas untuk dihantar ke Kuala Lumpur,"  katanya kepada Bernama hari ini. Mahasan berkata sebelum itu pihaknya membuat pemeriksaan di sekatan jalan raya di kampung tersebut bersama Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) bagi mengesan kemasukan pendatang tanpa izin. Beliau berkata dalam pemeriksaan itu pihaknya turut menahan pemandu bas dan pemandu kedua yang berusia 44 dan 45 tahun bagi membantu siasatan, dan dibebaskan setelah selesai mengambil keterangan daripada mereka. "Pendatang terbabit yang berusia antara 17 dan 52 tahun ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya. Mahasan berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda tanpa had atau kedua-dua sekali. Beliau berkata semua pendatang terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan (2002). - BERNAMA

Wah, meriah sungguh majlis menyambut menantu atau majlis kesyukuran sempena perkahwinan Fizo Omar dan Mawar. Majlis berkenaan berlangsung hari ini di kediaman kelaurga Fizo di Taman Sri Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Memetik sumber berita, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi. Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung. Fizo berkata, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat. Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan," katanya.

Sumber berita juga memaklumkan Fizo menumbangkan 10 lembu, tiga kambing dan 1,000 kilogram (kg) ayam untuk dihidangkan dalam majlis berkenaan. Selain itu, ada yang lebih istimewa. Fizo juga menyediakan dua gerai burger bakar `Hot Burger' milik syarikatnya untuk diberikan secara percuma kepada tetamu yang hadir.

Majlis berkenaan bertambah seri dan meriah apabila turut dihadiri bekas Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jom lihat beberapa foto sekitar majlis kesyukuran Fizo Omar dan Mawar dibawah:

majlis kesyukuran fizo omar dan mawar pasir puteh kelantan 28 disember 2013

majlis kesyukuran fizo omar dan mawar pasir puteh kelantan

Tahniah diucapkan kepada Fizo dan Mawar. Semoga berbahagia…

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Majlis Perkahwinan FIzo Omar dan Mawar <b>Di</b> Selising, <b>Pasir Puteh</b> <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 08:38 PM PST

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Majlis Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda Di Selising, Pasir Puteh, Kelantan | Ecey. Buat heading macam blog retis dah blog picisan cek. Wakakaka. Straight to the point je. 28 Sabtu, 28 Disember 2013, Muja, Ida, Huda, Amir, dan Syakir pergi ke majlis perkahwinan Fizo Omar dengan Mawar Fareeda. Umi yang dapat kad jemputannya. Kita lak yang sibuk nak pergi -.-
Mulanya nak pergi pagi lagi tapi disebabkan kemalasan untuk mandi di musim sejuk ini, kami pergi dalam pukul 3.30 petang. Umi pergi dulu dengan abah. Rumah Fizo ni dalam 5 minit je kalau jalan raya lancar tanpa traffic jam dari rumah Muja. Satu kampung je. Adik Fizo yang nama Diana was my senior in Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa dulu. Tak sempat jumpa Diana. Sedih :'(
On the way tu, depan kedai bahulu mak saudara pengantin lelaki, nak masuk jalan belakang kena sekat dengan Pasukan Rela. Tetiba, contact lens gua buat hal.  Dia berlipat. Mungkin sebab kering dalam air-conditioned situation. Pfftt. Terkedip-kedip gua cuba membaiki. Jalan lak jam. Hadoooi. Ramai juga peminat Fizomawar ni. Ingat tittew je yang excited. Kof3
Sampai je kat rumah Fizo, kitorang bukannya menerkam makanan, kami lebih berminat untuk snap gambar berkoyan-koyan. Target penuhkan memory kononnya. Kah2. Keinginan yang sememangnya disimpan dari rumah lagi terus kujadikan kenyataan. Merata tempat kusnap. Pantang nampak spot menarik di pandangan mata, laju je tekan Capture. Addiction tahap danger!
Kami memang bernasib baik sebab masa tengah beratur menunggu Hot Burger Fizo Omar, tetiba nampak pasangan mempelai keluar dari rumah menuju ke pentas persandingan. Terus tak ingat pasal nak makan burger. Sempat pulak snap gambar si suami berpegangan tangan berjalan. Sweet deh! Jelesy kot. Bila nak dapat yang halal pegang tangan kita ni.. Ahaks!
Then berjuang berhabisan dalam lautan manusia untuk bergambar dengan pasangan pengantin yang baru lepas honeymoon. Ok aloh la. Muja melting tengok Kak Mawar yang tersangatlah cantiknya. Kalau Muja yang perempuan ni pun cair, petah lagi Fizo si suami yang mencintai. Tenang je tengok tetiap hari. Kecik molek je orangnya. Fuhh. Nak gak selim river cam beliau. Sobbss T_T
Masa turn kami bergambar dengan pengantin, we were so very excited tau. Ingatkan akan dapat bergambar dengan puas hati walaupun masa pendek, tapi masuk mereka yang menghancurkan harapan. Tetiba tolak Huda yang dok tepi Fizo, mencelah. Yang sebelah Ida lak, tetiba gi melenyekkan Ida. Dah la dia sorang je berdiri. Kena anda sanggup hancurkan gambar gua???
Orang pakai cecantik nak bergambar, dia gi enter frame cenggitu. Cropped jadinya. Jadi tempat letak watermark. Puas hati cek. Sorry ye. Awak dah buat tittew tacim! Dalam kekalutan untuk bergambar dalam masa 5 saat yang diberikan oleh si DJ yang kalut ribut menjaga ketenteraman khalayak selaku pengira 1 2 3 4 5, sempat pulak berlaku sesi dialog Muja dan Fizo. Uhukz!

Muja: Nak duduk tepi Kak Mawar (bagitahu Ida yang dok tepi kanan)

Fizo: (Jelez kot budak comel tak nak dok tepi dia) Oloh awok, tok sey dok tepi saya. 

Muja: (Hanya mampu sengih-sengih lalu duduk tepi Kak Mawar)

Lepas dah siap bergambar, I managed to tell Mawar how beautiful she is. I said,"You are so beautiful!" Nampak dia pemalu je. Senyum tak terkata apa. Letih mungkin. Seriously, terkilan tak sempat korek produk apa dia guna yang jadi lawa overdose macam tu. Puff! Nasib baik rumah dekat, ti raya tittew gi rumah awak tittew korek naa. Jangan lupa balik Kelantan. :)

Menarik sungguh banner dia. Fizo Loves Mawar = Hot Burget Loves Fareeda. Kretip. Ekekeke

I just loved this lane. Penuh dengan bunga berjuraian. Imagine you and your beloved person, walking through the lane, hand in hand, eyes to eyes, smiling to each other, love is in the air. Ahh. It is just so romantic! Muja yang captured gambar ni dengan penuh rasa takjub malangnya gambar sendiri tak de. *Nangis :'(

Sempat captured gambar yang di atas ni je. Reramai di luar that lane. Tak pela. Kira ok la ni.... :(

Yang buat majlis perkahwinan Fizo Omar dengan Mawar sesi di Kelantan ni adalah kedatangan pendikir tersohor iaitu Saudara Halim Yazid. Sedap sungguh suaranya and that was my first time seeing him for real. Dulu Saudara Halim Yazid ni belajar di SK Kamil sama dengan Abah dan Huda. Huda la bangga. Senior dialah katakan. Booo :P
Teruskan perjalanan lagi then nampak 'tempat lelong motor besar'. Tough dan gagah berdiri di hadapan kami. Banyak motor besar kat sini. Tertarik sungguh. I just love kalau satu hari, dapat hubby suka motor besar gini. Dapat tunggang motor jadi passenger kat belakang. Perghh! Feeling angin menyapa muka, sambil orang tersayang dok kat depan kita. Lain feeling ngan naik kereta.

Eh! Apa cek mengarut nih??? -.-'

Kalau tak dapat motor kacak, kereta merah kacak ni pun hokay jugak. Comel sungguh kereta merah antik ni. Katanya sebagai persediaan untuk hujan bagi mereka yang bawak motor. Yang lelaki tu antara yang terlibat dengan konvoi motor dan kereta merah menyala ni. Baik orangnya. Layan je kami menggila. Siap bagi nombor telefon dia kat tittew. Hik3
Then, kami terlihat pulak tempat makan beradab tinggal ni. Mungkin digunakan sebelah pagi. Hahh terus buat muka tak malu snap gambar dengan harapan suatu hari nanti dapat gak makan beradab tempat cantik cenggini. Sambil tunggu Diana but dia tengah make up masa tu and masa dah lewat. Tak sempat jumpa my senior. Tak pela. Mungkin ada jodoh di lain masa. Kof3

Langsuir Menganggu Penduduk <b>Di Pasir Puteh</b>, Jerteh - Waazin

Posted: 25 Nov 2013 05:58 PM PST


Pasir Puteh - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

"Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

"Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya," katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya 'menangkap hantu' namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,' katanya...

Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran...

"Saya 'memasungkannya' di satu tempat khusus dan akan 'menghantarnya balik ke tempat asal' selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

"Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai," katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

Wa Allahu'alam..

Zalora Women Shoes

UNTUK DIJUAL iPhone5 (Original from Apple Store) 16GB Warranty ada 5 bulan lagi. Berminat? Call/SMS/Whatsapp:Arshad, 016-7002170

Ditulis oleh: Admin Pada Tuesday, November 26, 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Rogol anak tiri <b>di Kuala Krai</b> !Kle-peq.blogspot.com

Posted: 08 Jan 2014 04:12 PM PST

Seorang penoreh getah dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 13 tahun di rumah mereka di Kuala Krai, November lalu. Hakim Mohd Yusoff Yunos memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa mulai semalam. 

Tertuduh berusia 38 tahun itu didakwa merogol anak tirinya yang sedang tidur di dalam sebuah bilik di rumah tidak bernombor di Kuala Krai, kira-kira jam 2.30 pagi. Tertuduh yang memanggil dirinya Papa didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan disebat minimum 10 sebatan jika disabitkan kesalahan. - Lapor Berita Harian.

[ Gambar ] 2 Maut motosikal diseret lori <b>di Kuala Krai</b> ! | BrotherSam®

Posted: 30 Dec 2013 04:18 AM PST

Kuala Krai : Dua maut dalam kemalangan petang tadi di jalan Kuala Krai Gua Musang berhampiran Sungai Peria,dalam kejadian tersebut penunggang dan pembonceng motosikal maut apabila motosikal yang di naiki mereka bergesel dengan lori dan diseret kira-kira seratus meter.
Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,identiti mangsa belum di kenal pasti, punca kejadian masih di siasat, kedua-dua mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Krai. Al-fatihah 

[ Berita ] 2 Maut motosikal diseret lori <b>di Kuala Krai</b> ~ Perihal Negara

Posted: 30 Dec 2013 06:16 AM PST

[ads saya]
Kuala Krai -  Dua maut dalam kemalangan petang tadi di jalan Kuala Krai Gua Musang berhampiran Sungai Peria,dalam kejadian tersebut penunggang dan pembonceng motosikal maut apabila motosikal yang di naiki mereka bergesel dengan lori dan diseret kira-kira seratus meter.
Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,identiti mangsa belum di kenal pasti, punca kejadian masih di siasat, kedua-dua mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Krai. Al-fatihah.
Sumber : brotherssam.blogspot.com

Sabtu, 11 Januari 2014

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Adiza saidi: PAGI RAYA <b>DI MENGKEBANG</b>

Posted: 26 Oct 2012 12:30 PM PDT

selepas solat subuh aku segera bersiap ape ape yang patut. adik dan anak buah ku 
juga bersiap dengan urusan masing masing,adik ku bersiap dengan kerja jahitannya
yang belum siap tempahan jahitannya semalam. dia wajib siapkan kerana hari ni  orang
yang tempah datang ambik. sebentar lagi aku nak ke masjid untuk solat sunat  aidul  adha.
7.00 pagi aku mula bergerak ke masjid.
masjid  mengkebang selepas solat raya
                                                   possing  dalam masjid selepas solat
                                             bersama cucu saudara ,mohd naufal
                                 singgah bergambar depan rumah seorang sahabat lama.
                                                           cabang tiga pak da gusi
                                                               rumah ku berubah wajah
                                                        sungai pahi sebelah rumah ku
                                          kenangan di atas jambatan depan rumah

pukul 10.30 bersiap untuk beraya kerumah pak sedara di lembah sentosa 
singgah beraya di rumah pok wil bukit marak
rumah encik zul rakan fb yang paling aktif.

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Gerbang KBBRI: Dilema penanam kelapa <b>di Bachok</b> - Blogger

Posted: 27 Dec 2013 07:27 PM PST

BACHOK: Bentuk muka bumi Bachok yang sesuai untuk tanaman kelapa menyebabkan ramai petani semakin berminat untuk mengusahakan tanaman itu terutama kelapa Matag.

Tambahan pula, tanaman komersial lain seperti tembakau tidak lagi diusahakan dan petani beralih kepada tanaman lain yang mampu menjana hasil tinggi.

Bagi seorang penduduk, Muhammad Yaakob, 48, tanaman kelapa diusahakan di Kampung Keluat sejak 1950-an lagi.

"Tanah di sini sesuai untuk kelapa dan memang sejak dari dulu lagi, banyak kelapa ditanam di kampung kami.

"Kelapa jadi pilihan penduduk kerana ia mempunyai permintaan tinggi dan harganya stabil," katanya.

Guna baja tahi ayam

Namun dalam masa sama, petani masih dibelenggu masalah berikutan kos untuk membeli benih dan baja tinggi, selain memerlukan bimbingan serta pengurusan yang betul bagi menghasilkan kelapa berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran.

Muhammad berkata, petani memerlukan bantuan dari segi anak benih dan baja yang mencecah ribuan ringgit berikutan tidak mampu ditanggung penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada hasil pendapatan kerja kampung.

"Harga belian bagi kelapa matag adalah antara RM12 hingga RM15 sepohon menyebabkan mereka terpaksa membeli benih kelapa kampung yang hanya berharga RM5 sepohon, selain menggunakan baja tahi ayam untuk jimatkan kos.

"Akibatnya, pokok bukan saja lambat mengeluarkan hasil tetapi buah kelapa juga tidak berkualiti kerana kekurangan baja," katanya.

Banyak kawasan sesuai

Seorang lagi petani, Zaki Mat, 44, berkata, penduduk masih mempunyai banyak kawasan terbiar yang sesuai untuk kelapa, selain ladang kelapa sedia ada berpuluh tahun dahulu yang perlu diganti dengan pokok baharu.

"Pokok kelapa mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun dengan pengeluaran buah dalam tempoh yang panjang sehingga melebihi 30 tahun.

"Jika ada peruntukan walaupun sekali, saya yakin ia mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya petani komited untuk mengusahakannya," katanya.

Sementara itu, warga emas, Mohammad Yaakob Abdullah, 60, berkata, tanaman kelapa kini diusahakan secara sampingan sahaja tetapi jika terdapat usaha untuk mengkomersialkan tanaman tersebut, dia yakin akan menarik minat penduduk lain untuk mengusahakan tanaman  kelapa secara serius.

"Sekarang ini kelapa diusahakan secara tradisi atau warisan saja. Mereka jadikan kelapa sebagai sumber sampingan sebab tak mampu nak sediakan pelbagai kos untuk tanaman ini.

"Tetapi jika ada saluran untuk bantu petani, tak mustahil ia boleh menjadi sumber utama penduduk Bachok menggantikan tembakau dan padi," katanya yang sudah enam bulan mencuba tanaman kelapa.

Input pertanian secara one-off

Penolong Pegawai Pertanian Bachok, Ammar Anuar Yusoff pula berkata, lazimnya bantuan diberikan bergantung pada peruntukan yang diterima melalui Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tanpa mengikut tempoh masa yang tetap.

Beliau berkata, bantuan benih dan baja tidak lagi disediakan kerana bantuan disalurkan berbentuk infrastruktur seperti membaiki jalan ladang, perparitan dan mencuci ladang mengikut projek yang ditetapkan jabatan.

"Kelapa dan pisang antara yang mendapat permintaan tinggi. Justeru, kami rasa harga belian kedua-dua tanaman ini masih mampu diusahakan penanam. "Jabatan biasanya mengagihkan input pertanian kepada penduduk secara one-off atau sekali saja," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Disember 2013

Lagi kes tembak, kali ini <b>di Bachok</b>, Kelantan!! | EkELEH.COM

Posted: 14 Nov 2013 09:12 AM PST

Mangsa mati di tempat kejadian ekoran terkena 3 das tembakan di kepala.
Apa-apa hal pun… kita sebagai orang awam jangan cepat buat andaian tentang kes ini dan biarlah PDRM lakukan siasatan secara terperinci.

Gerbang KBBRI: Penyu mendarat <b>di</b> pantai <b>Bachok</b> - Blogger

Posted: 01 Jan 2014 03:33 AM PST

BACHOK: Buat pertama kalinya dalam sejarah tempatan, seekor penyu seberat kira- kira 15 kilogram mengemparkan penduduk Kampung Padang Nibong, Tawang dekat sini, semalam.
Penyu itu ditemui terdampar dalam keadaan lemah dengan sebelah kakinya kudung. Ia ditemui seorang remaja, Mohd Farid Ismail, 17, yang sedang menunggang kuda bersama rakan-rakannya.
"Beberapa kali kami bawa ia ke dalam air tetapi ia berenang semula ke pantai. Bimbang dengan keselamatannya, saya bawa ia pulang.
"Bila dah bawa balik, ramai pula orang yang datang tengok sebab kami di sini memang tak pernah tengok penyu mendarat di Bachok," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 Januari 2014

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


ROUND ABOUT <b>WAKAF</b> SIKU | pelita dan sumbu

Posted: 10 Jan 2014 06:52 AM PST

Generasi anak muda di Kota Bharu yang lahir selepas pertengahan 80an mungkin tidak sempat mengingati Round About (bulatan) Wakaf Siku yang memang terkenal suatu ketika dulu. Bulatan yang mempertemukan Jalan Pasir Puteh, Jalan Kuala Krai, Jalan Hamzah dan Jalan Sultan Ibrahim. Ia terletak berhampiran dengan pusat hiburan yang terkenal Biaritz Park atau lebih popular di kalangan orang Kelantan sebagai Dalam Show.

Image

Bulatan, Round About Wakaf Siku, Kota Bharu Kelantan (foto 1975)

Tapak asalnya kini terletak berhampiran dengan KB Mall. Satu kawasan yang begitu sibuk dan menyerabutkan fikiran. Kini dipayungi pula dengan susur jalan jejantas yang menghubungi terus ke Jambatan Sultan Yahya.

Image

tapak asal Round About Wakaf Siku

Image

persekitaran tapak asal Bulatan Wakaf Siku

Image

kini semuanya dah berubah

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Jawatan Kosong Majlis Daerah <b>Dabong</b> Januari 2014 Terkini 2014

Posted: 09 Jan 2014 04:01 AM PST

Tarikh Tutup : 15 Januari 2014 - Jawatan Kosong Majlis Daerah Dabong Januari 2014 Terkini

logo-majlis-daerah-dabong

Dabong adalah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. 155 km dari ibu negeri, Kota Bharu. Terletak berdekatan adalah Kemubu, Kuala Geris, Bukit Abu dan Kampung Durian Badak. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau pada keempat-empat sisi, menjadikan ia berkesan lembah. Di barat daya, anda akan mendapati Gunung Setong (1422m). Sungai Galas berjalan melalui Dabong. Dari sini, anda boleh mencapai Gua Musang, Poring dan Cameron Highland, tetapi jalan yang agak sempit dan berbahaya. Dabong dikenali oleh pelawat sebagai pintu masuk ke kawasan panas eko-pelancongan di Kelantan.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Dabong :

  • Pembantu Penilaian Gred W17

KLIK DI SINI UNTUK PERMOHONAN KERJA DAN CARA MEMOHON

KLIK DI SINI UNTUK PERMOHONAN JAWATAN

Tags : jawatan kosong di suk kelantan 2014

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 03:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2013 03:52 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 03:51 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Omegay: Persemadian terakhir fuckatan dan PAS <b>di</b> selatan - Dimensi

Posted: 28 Nov 2012 08:30 PM PST


Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.
Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.
Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.
Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.
Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.
Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.
Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.
Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.
Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.
Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.
Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.
Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.
Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat
Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.
Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang. 
Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan. - Beruang Biru

mari lihat bagaimana pas menzalimi rakyat <b>di galas</b>, <b>kelantan</b>!

Posted: 27 Oct 2010 08:06 AM PDT


LADANG GETAH DI KAMPONG PULAI

Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.

Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.

Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.

Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.

Mereka menoreh di atas tanah yang diteroka tetapi belum mendapat geran hakmilik. Bergantung kepada sumber kewangan dan keupayaan masing-masing, kebun yang diusahakan seluas dalam 1 – 6 ekar setiap orang.

Ada seramai 54 orang penduduk kaum Cina Kg. Pulai yang telah lama diberi hak milik tanah keatas tapak rumah dan ladang getah yang telah mereka usahakan.

Sejak 2004, sebanyak 30 pemohonan telah berjaya memperoleh geran hak milik tanah berstatus pajakan selama 30 tahun. Kadar bayaran adalah murah sebanyak RM2,800 setiap lot sebesar 6 ekar. Harga semurah ini yang merupakan tarikkan untuk kekal duduk di Gua Musang.

Selama ini penduduk kaum Cina Kg. Pulai mengambil pendekatan 'usaha dulu baru bayar.' Mereka meneroka secara haram tanpa membayar premium kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Bayaran dibuat apabila permohonan diluluskan.

                
TANAMAN GETAH YANG TELAH PUN DITUAI HASIL DI KG. PULAI

Selagi permohonan tidak diluluskan, kehidupan mereka tidak stabil dan terjamin. Bila-bila masa, tanah yang mereka bergantung hidup boleh terlepas dari tangan mereka.

Ada lebih kurang 60 orang penduduk yang menunggu kelulusan pemilikan tanah. Kebanyakan mereka merupakan generasi kedua yang memohon penambahan tanah.

KAWASAN PENANAMAN GETAH YANG BARU
 DIUSAHAKAN OLEH PENDUDUK KG. PULAI

Dikatakan sejak pertengahan 2009, semua permohonan tanah telah dibekukan sementara. Ini yang menimbulkan kerunsingan dikalangan pengusaha tanah tersebut.

Kaum Cina di Kg. Pulai tidak condong kepada mana-mana parti politik. Mereka sedar kawasan Gua Musang adalah kawasan Melayu dan kaum Cina tidak akan berupaya menjadi wakil rakyat sini. Mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan untuk menyokong mana-mana parti.

Apa yang penting kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa dan tidak diganggu. Mereka hanya mahu hidup aman dan sejahtera untuk menghidupkan keluarga.

Pembekuan pengeluaran geran halmilik tahun 2009 mewujudkan perasaan bimbang dikalangan mereka. Mereka takut PAS akan ambil balik tanah mereka. Dengan BN tidak dilihat akan ambilalih kerajaan negeri, mereka terpaksa memberi sokongan undi kepada PAS supaya tanah mereka tidak diambil.

Dakyah perang psikologi PAS menggambarkan seolah-olah sekiranya parti BN memerintah, tanah yang diusahakan mereka akan diambil oleh kerajaan BN untuk membangunkan kawasan tersebut. Ini boleh menyebabkan mereka kehilangan ladang getah dan kehilangan punca pendapatan.

PAS turut menabur janji mereka tidak akan mengganggu kawasan penempatan/ladang mereka. Sekiranya ianya berlaku, pihak PAS berjanji akan menggantikan dengan kawasan lain yang mempunyai luas yang sama.

Sudah 10 tahun PAS berjanji akan beri hak milik, sedarkah mereka PAS hanya pandai menabur janji tetapi tidak dikotakan? Ada yang sedar tetapi keadaan hidup menyebabkan mereka terpaksa telan walaupun pahit realitinya.

BN untuk Galas

ads