Isnin, 6 Jun 2011

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Jeli</b> Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 05:47 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Jeli Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah Tawan Kelantan

JELI, 3 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, UMNO bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

"Kita  berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian itu di Kompleks UMNO  BukitNangka, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mohd Shafie sebelum itu turut dibawa melawat Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Sempadan Kelantan-Thailand di Buketa diiringi kira-kira 200 penunggang motosikal terdiri Pemuda UMNO.

Mustapa berkata hasrat beliau itu akan menjadi kenyataan jika anggota UMNO di semua peringkat bekerja habis-habisan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

"Ini perlu untuk membela rakyat yang telah menampakkan tanda-tanda untuk berubah melalui perjuangan yang dibawa oleh Kerajaan BN atau UMNO," katanya.

Berita Bertarikh 3 June 2011 Pada 8:47 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads