Isnin, 20 Jun 2011

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


<b>Jeli</b> Kubu Gerakan Gelombang Merah Untuk Menawan <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 09:17 AM PDT

Umno bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, Umno bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

"Kita (Umno Jeli) berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mohd Shafie sebelum itu turut dibawa melawat Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Sempadan Kelantan-Thailand di Buketa diiringi kira-kira 200 penunggang motosikal terdiri Pemuda Umno.

Mustapa berkata hasrat beliau itu akan menjadi kenyataan jika anggota Umno di semua peringkat bekerja habis-habisan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

"Ini perlu untuk membela rakyat yang telah menampakkan tanda-tanda untuk berubah melalui perjuangan yang dibawa oleh Kerajaan BN atau Umno," katanya.

Di GUA MUSANG, Timbalan Ketua Umno bahagian Gua Musang Mat Yusoff Abd Ghani berkata anggota Umno di Kelantan perlu mengutamakan perjuangan parti daripada kepentingan peribadi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan BN merampas semula Kelantan daripada PAS yang kini berdepan dengan kebencian rakyat kerana banyak isu gagal diselesaikan.

"Jangan kita berpecah lagi. PAS hakikat sebenarnya tidak kuat di Kelantan, tetapi disebabkan perpecahan di kalangan ahli Umno itu sendiri memberi peluang parti itu menang pada beberapa PRU yang lepas," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, di sini.

Mat Yusoff yang juga ADUN Nenggiri berkata, PAS kini semakin lemah kerana banyak isu yang dibangkitkan rakyat negeri itu termasuk isu tanah penduduk kampung serta Orang Asli dan air gagal diselesaikan sampai sekarang.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads