Sabtu, 2 Julai 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


AKADEMIK2U - Info e-Latihan No. 1 Warga Pendidik Jabatan Pelajaran <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 09:33 PM PDT

Seramai tiga juta murid dan pendidik dijangka menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di seluruh negara hari ini, 2 Julai 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata larian itu yang bukan berbentuk pertandingan itu diadakan sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang mula dilaksana tahun ini. Murid-murid lain di seluruh negara akan mengambil bahagian dalam larian ini bermula pada masa yang sama di sekolah, atau di tempat yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah. Larian itu juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Beliau berkata ia juga diharap dapat mencipta rekod bagi kategori "Penyertaan Terbesar Pelajar Sekolah dalam Satu larian" dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan sebahagian besar daripada 5.3 juta murid di negara ini. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads