Isnin, 25 Julai 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BN Menang,! Tunai Janji <b>Di Galas</b> « Terompah Besi ™

Posted: 16 Jul 2011 11:10 PM PDT

Bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pulai yang berharga RM2.5 juta disifatkan sebagai hadiah daripada Kerajaan Pusat di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nov lepas.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembinaan bangunan sekolah berkenaan dalam masa terdekat ini diharap dapat menyelesaikan masalah murid yang terpaksa belajar di bangunan kayu yang usang.

"Kalau nak bandingkan sebelum ini kampung ini jauh lebih mundur daripada kampung-kampung lain sekitarnya, tetapi sekarang keadaan telah banyak berubah terutama kemudahan jalan raya.

"Malah, kita juga telah memberi lot rumah baru di Kampung Gua Gagak untuk penduduk yang kehilangan tanah berikutan terbabit dengan projek perlombongan emas satu ketika dulu," katanya ketika berucap merasmikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan baru SRJKC Pulai dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Nik Aziz dimaki hamun <b>di Galas</b>

Posted: 30 Oct 2010 09:03 PM PDT

Posted by admin on October 31st, 2010

Seorang bekas calon BN telah memaki hamun Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menteri besar Kelantan berkempen melawat  rumah bekas Adun Galas dari Parti Semangat 46,  Omar Mohamad semalam.

Mohd Nor Idris yang pernah bertanding di Pengkalan Chepa turut enggan bersalam dengan mursyidul am PAS itu ketika berada di dalam rumah Omar.

Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Mohd Nor sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP".

Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak mursyidul am PAS itu berdebat.

Mohd Amar cuba menenangkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu.

Nik Aziz membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata menteri besar Kelantan sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik".

Sebaik air minuman dihidangkan, Nik Aziz meminta Mohd Nor (gambar kiri)   untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads