Khamis, 11 Ogos 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Bila Curang: Berita | Cabul Anak Tiri

Posted: 10 Aug 2011 06:05 AM PDT

KOTA BHARU Ogos 9: Tindakan jijik seorang bapa yang cuba memasukkan alat sulit ke dalam dubur anak tirinya dalam kejadian di Bunut Payong, di sini, dua bulan lalu dibalas dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin sejurus Wan Mustafa Wan Ismail, 32 didapati bersalah melakukan perbuatan mencabul kanak-kanak berusia 12 tahun itu pada 13 Jun lalu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Payong, di sini pada jam 2 pagi, tarikh berkenaan.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, tertuduh dikatakan mendatangi mangsa dan tidur di atas belakang gadis tersebut sebelum cuba memasukkan alat sulit pada dubur kanak-kanak berkenaan.

Susulan itu, tangkapan terhadap tertuduh dibuat sehari selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat mencabul.

Pada prosiding semalam, Nur Zakiyah mengarahkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapan. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

SINAR HARIAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads