Khamis, 18 Ogos 2011

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Semarak Ramadan pererat hubungan : N9 Kini

Posted: 17 Aug 2011 05:38 PM PDT

KOTA BHARU: 18 Ogos – Lokasi keenam Semarak Ramadan Berita Harian-AmIslamic Bank, yang singgah di Masjid al-Quddus, Paya Bemban, di sini, semalam, berjaya memupuk semangat ukhuwah antara penganjur dengan jawatankuasa masjid serta masyarakat setempat.

Majlis yang memang dinantikan masyarakat sekitar bagi menghidupkan kemuliaan Ramadan al-Mubarak, dirasmikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan turut sama Pengurus Besar AmIslamic Bank, Datuk Zainal Abidin Mohamed.

Program Semarak Ramadan dimulakan dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan AmIslamic bagi menjayakan kenduri rakyat di kawasan berhampiran masjid berkenaan dengan dihadiri penduduk setempat.

AmIslamic Bank menyerahkan sumbangan cek kepada Mohd Fatmi sebelum diserahkan kepada pegawai masjid berkenaan dengan disaksikan Pengarang Rencana Berita Harian, Azhar Abu Samah serta Ketua Biro Berita Harian Kelantan, Anwar Hussin.

Program itu disemarakkan lagi dengan penyerahan 50 kampit beras dan 60 kotak kurma sumbangan AmIslamic bagi menyediakan juadah berbuka puasa yang disampaikan Mohd Fatmi kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Quddus, Abdullah Saad.

Sempena bulan penuh berkat ini juga, Semarak Ramadan diteruskan dengan majlis penyampaian zakat membabitkan RM5,000 kepada 100 anak yatim serta orang miskin sebelum disudahi dengan majlis berbuka serta solat Maghrib.
Selain itu, program berkenaan turut diserikan dengan penyerahan 80 apron, topi, minuman dan akhbar Berita Harian kepada peniaga dan orang ramai di Bazar Ramadan Berek 12 pada jam 5 petang, yang turut membabitkan Zainal Abidin, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) BH, Abdul Razak Rafflis serta Pengurus Wilayah Timur Ambank, Mohd Nawi Mohd Yusoff.

Sementara itu, Mohd Fatmi mengucapkan terima kasih kepada AmIslamic Bank dan Berita Harian kerana memilih Kota Bharu sebagai lokasi program itu dan pemilihannya adalah tepat kerana masjid berkenaan antara masjid terbaik di Kota Bharu selain di Kelantan.

DI TUMPAT: Nasib malang lima sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar di Kampung Tanjung Che Mas, dekat Kelaboran, di sini, mendapat perhatian AmIslamic.

Zainal bergegas ke kampung berkenaan bagi menghulurkan bantuan selepas mendapat berita itu walaupun sedang mengikuti program Semarak Ramadan bersama Berita Harian di Masjid Al-Quddus.

"Kami menghulurkan bantuan wang tunai dan barang keperluan harian kepada keluarga mangsa sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan memerlukan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

- berita harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dun <b>Kelaboran</b>: Ziarah Rumah AJK Pemuda Dun <b>Di</b> Kg <b>Kelaboran</b>

Posted: 30 Mar 2010 11:44 PM PDT



YB Kelaboran ,Mohamad Zaki Ibrahim bersama AJK Pemuda Dun Kelaboran dalam program ziarah di rumah AJK Pemuda Dun Saudara Zaidi di Kampung Kelaboran.Saudara Zaidi baru menerima cahaya mata yang ke 7. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads