Isnin, 29 Ogos 2011

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Zaid Ibrahim Bertanding <b>di Kota Bharu</b>? | Khabar Kota Bharu

Posted: 21 Aug 2011 12:57 PM PDT

Oleh Senawi Musa

PENGKALAN CHEPA – Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk merebut kembali kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum akan datang.

Desas-desus ada menyatakan bahawa beliau sedang berunding dengan Pas supaya diberi laluan untuk bertembung satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) yang hampir pasti akan diwakili oleh Datuk Haji Mohd. Fatmi Che Salleh.

Ia dikuatkan dengan kemunculan Zaid pada majlis bersama perantau yang dianjurkan oleh Kerajaan Pas Kelantan di Stadium Kelana Jaya beberapa hari sebelum Ramadan lalu.

Bagaimanapun sumber menyatakan rundingan tersebut sukar untuk menjadi kenyataan kerana Pas tidak mahu melepaskan kerusi yang menjadi kubu kuatnya biarpun penyandang kerusi tersebut Datuk Wan Abdul Rahim dilihat menghadapi masalah kerana popularitinya yang semakin menurun.

Zaid yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Yokuk sedang berfikir untuk bertanding sama ada di Kelantan atau Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

"Lepas raya nanti saya akan lihat bagaimana, tempat mana yang lebih mudah tetapi saya percaya pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kita parti pembangkang, yang bertanggungjawab dan membantu perkara-perkara yang menguntungkan rakyat dan bukan bangkang sebab kita pembangkang, kalau ada benda yang baik kerajaan buat saya akan sokong juga, kita parti bebas, bertanggungjawab dan menentang rasuah," katanya.

Bagaimanapun beliau menolak alasan untuk membalas dendam dan ingin bersemuka dengan Mohd. Fatmi sekiranya bertanding di Parlimen Kota Bharu.

"Saya dalam politik tidak ada benda itu semua, saya ingin berjuang untuk kesejahteraan rakyat bukannya berseteru dengan orang ramai," katanya.

–KHABAR KB

Tags: , , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads