Ahad, 14 Ogos 2011

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


KedahLanie.info: Kelantan bina Jalan Kota Bharu-<b>Kuala Krai</b>

Posted: 11 Aug 2011 03:42 AM PDT

Kerajaan Negeri Kelantan akan membina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai menerusi penswastaan selepas Kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan untuk projek tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, jalan itu akan dibina sebagai Jalan Negeri selepas cadangan pembinaan kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat maklum balas memberangsangkan.

Katanya, kos pembinaan asalnya berjumlah RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah akan dikurangkan seperti membatalkan pembinaan Fly Over Wakaf Che Yeh-Kota Bharu yang menjimatkan kira-kira RM500 juta.

"Kita buka tawaran kepada pihak-pihak berkenaan untuk melaksanakan projek ini dan jalan empat lorong sepanjang 63 kilometer itu sudah tentu membantu mengurangkan kesesakan khususnya di musim perayaan.

"Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim," katanya selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

Husam berkata, perjalanan dari Kota Bharu- Kuala Krai menerusi 'Jalan Tulang Belakang' itu dijangka hanya mengambil masa antara 30 hingga 40 minit.

Dalam perkembangan lain, Husam memberitahu langkah Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan dinar dan dirham empat tahun lalu terbukti membantu menangani krisis ekonomi pada hari ini.

"Harga emas hari ini melonjak kepada 1,723 USD satu aun, catatan harga tertinggi dalam sejarah, jadi terbukti perlaksanaan dinar dan dirham ini memberi keuntungan.

"Dulu ada pihak memperlekehkan usaha kerajaan ini yang saya fikir kerana sentimen politik semata-mata, mereka tidak sedar bahawa emas lebih stabil sebagai alat simpanan nilai," katanya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150276609394938&

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads