Jumaat, 26 Ogos 2011

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Dijamin siap Oktober ini - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 05 Aug 2011 08:02 PM PDT

Dijamin siap Oktober ini

Dijamin siap Oktober ini

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 5 Ogos - Sejumlah 196 unit ruang kedai dan pejabat mengandungi 1,176 lot yang terbengkalai di Pulau Melaka dijangka siap sepenuhnya Oktober ini.

Projek tersebut yang terbengkalai selama 15 tahun telah diambil alih oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI) menerusi peruntukan dan pinjaman bank RM64.7 juta bagi membaik pulih projek tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja membaik pulih berjalan lancar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang dilantik oleh CMI untuk mengurus projek itu memberi jaminan 196 unit ruang kedai dan pejabat boleh diduduki Oktober ini.

Menurutnya, CMI telah mengemukakan semula surat tawaran baharu dengan kenaikan harga 20 peratus kepada 430 pembeli asal.

''Daripada jumlah tersebut hanya 40 pembeli asal telah menandatangani kontrak bersetuju dengan perjanjian baharu yang dikemukakan oleh CMI.

''Jika ada pembeli asal yang enggan menerima tawaran baharu yang dikemukakan kepada mereka, lot-lot itu akan dijual kepada orang ramai yang berminat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan singkat dan meninjau kerja-kerja membaik pulih projek terbengkalai di Pulau Melaka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, beliau yakin kesemua 196 unit mengandungi 1,176 lot kedai dan pejabat akan terjual menjelang hujung tahun ini.

''Pulau Melaka yang dulunya sepi akan 'kembali bernafas' apabila seluruh projek kedai dan pejabat yang dibaik pulih ini siap nanti," ujarnya.

Katanya, dengan adanya Taman Tema Singa Laut, Arab City dan buaian gergasi menggantikan Eye On Malaysia di tapak baru di sini, Pulau Melaka akan menjadi satu destinasi tumpuan orang ramai seperti di Banda Hilir.

Sementara itu, beliau berkata, dua bangunan pangsapuri yang dibaik pulih terletak bersebelahan Masjid Selat pula akan dijual antara RM100,000 dan RM150,000 sebuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads