Sabtu, 27 Ogos 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM1.22 juta bekalan air bersih

Posted: 24 Aug 2011 04:01 PM PDT

TUMPAT 24 Ogos – Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM1.22 juta bagi menyalurkan bantuan kepada 555 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu untuk kemudahan penyambungan paip dan tangki air.

Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, peruntukan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah ini untuk dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan berkenaan untuk penduduk di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, kos penyediaan setiap penyambungan paip dari paip utama Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) serta peralatan tangki air itu ialah sebanyak RM2,200 bagi setiap buah rumah penduduk yang menerima bantuan berkenaan.

"Kerajaan Pusat memberi perhatian terhadap keperluan rakyat di negeri ini dalam mendapatkan bekalan air bersih dengan menyalurkan peruntukan untuk menyediakan kos bagi kemudahan penyambungan paip dan tangki air kepada penduduk yang menerima bantuan itu.

"Penerima hanya perlu menguruskan bayaran deposit dengan pihak AKSB bagi mendapatkan bekalan air bersih itu memandangkan kos pemasangan paip air dari paip utama ke rumah mereka sudah disediakan," katanya selepas majlis taklimat kepada penerima kemudahan berkenaan di Kampung Tok Malik, Wakaf Bharu dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat, Dr. Ahmad Syaarani Yassim ketika berucap pada majlis tersebut berkata, sebanyak 2,012 keluarga di seluruh jajahan berkenaan menerima bantuan kemudahan itu yang disalurkan menerusi Pejabat Kesihatan Daerah.

Katanya, setiap penduduk digalakkan menggunakan bekalan air bersih yang disediakan AKSB kerana air yang dibekalkan adalah air yang dirawat dan terjamin kualiti dan kebersihannya.

"Penggunaan air telaga dan boring dari bawah tanah walaupun dilihat jernih, ia tidak dirawat dan mereka boleh terdedah kepada penyakit bawaan air seperti taun dan demam kepialu.

"Adalah amat penting kita menggunakan air yang dirawat bagi menjamin kesihatan," katanya

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads