Ahad, 28 Ogos 2011

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


ujang kutik: maghrib <b>di wakaf che yeh</b>; maghrib di jaya jusco <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 04:36 PM PDT


Kadang-kadang, kita memuktamadkan persepsi ke atas sesuatu semata-mata kerana pengaruh persekitaran dan warna kulit. Sesuatu yang mempunyai elemen moden, mewah, kekotaan dan sewarna dengannya secara tuntas kita kaitkan dengan kesimpulan negatif – kepura-puraan, penipu,jahil,merosakkan dan sebagainya.
Sebaliknya, sesuatu yang luarannya ada serlahan elemen konservatif, kekampungan, tradisional dan sebagainya, secara rakus kita kaitkan dengan kesimpulan positif – alim, selamat, ikhlas, suci,adab sopan dan sebagainya.   
Saya menginap di salah sebuah hotel di dalam kompleks beli-belah Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan semasa melawat negeri 'Serambi Mekah' baru-baru ini. Saya 'check in' kira-kira 30 minit sebelum masuk waktu solat maghrib. Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh kakitangan hotel, akhirnya saya jumpa juga surau yang terletak berhampiran dengan kompleks beli-belah tersebut untuk menunaikan solat maghrib.
Surau tersebut agak besar, moden dan cantik . Berhampiran surau, tersergam kukuh sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan asrama untuk pelajar  tahfiz.
Sebagai menghormati waktu maghrib dan mungkin juga polisi pihak berkuasa, saya difahamkan bahawa urusan perniagaan cuma dijalankan selepas selesai solat maghrib. Sedemikian, pelanggan masih belum ada lagi ketika itu. Yang ada cuma para peniaga yang telah bersedia dengan segala keperluan perniagaan mereka.   
Ketika hampir masuk waktu solat, saya saksikan berduyun-duyun anak-anak muda lelaki di usia belasan tahun dari bangunan asrama datang ke surau. Mereka nampak 'bergaya' dengan mengenakan pakaian 'seragam' - berjubah dan berserban warna putih. Terlintas juga rasa cemburu di hati kecil saya kerana daripada dua orang anak lelaki, tiada seorang pun yang menjadi hafiz.          
Agak mudah untuk membezakan di antara jumaah yang terdiri daripada pelajar tahfiz dengan orang biasa.Selain dari usia muda dan berjubah putih, para pelajar tahfiz memakai serban dengan cara liltan yang tersendiri. Jumaah lain yang memakai jubah dan serban pula tidak ramai.  
Setelah usai solat saya duduk seketika di satu sudut di dalam surau tersebut. Minda saya diusik. Walaupun para peniaga ramai, golongan yang menunaikan solat maghrib berjumaah terlalu kecil bilangannya. Hampir keseluruhan para jumaah adalah pelajar tahfiz. Saya mengeluh, "Ada yang tidak kena dengan pola kehadiran jumaah di surau negeri 'Serambi Mekah' ini. Persepsi awal saya sebagai 'orang luar' jauh tersasar dengan realiti yang disaksikan. Di manakah perginya para peniaga?"
Saya balik ke Kuala Lumpur dengan membawa satu stigma yang bukan sahaja membebankan minda, tetapi juga semakin menebalkan persepsi buruk sangka saya terhadap satu golongan pencari rezeki. Mereka sama sahaja, samada di Kuala Lumpur atau di Wakaf Che Yeh.
Dua hari selepas balik semula ke Kuala Lumpur saya dan keluarga telah pergi 'window shopping' di Pusat Beli Belah Jaya Jusco Setiawangsa. Walaupun kami dilekakan sehingga masuk waktu solat maghrib, isteri dan anak perempuan saya tiada masalah untuk solat kerana mereka ada membawa telekung masing-masing. Kami menunaikan solat maghrib di surau yang disediakan oleh tuan punya kompleks beli-belah terkemuka dan moden tersebut.
Masya Allah. Surau penuh. Sesi pertama solat diimamkan oleh seorang anak muda yang tidak memakai songkok tetapi lancar dan sedap bacaannya. Kebanyakkan jumaah adalah dari kalangan anak muda. Melalui keterampilan mereka, saya cuba mengagak  status, profession dan latar belakang kehidupan mereka. Mereka kelihatan seperti golongan orang terpelajar .  
Setelah selesai solat, saya menunggu isteri dan anak perempuan yang masih belum selesai lagi solat di kerusi panjang yang diletakkan di luar surau lelaki. Ketika itu masih ramai lagi pengunjung pusat beli belah tersebut datang ke surau untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Saya seronok dengan senario sedemikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads