Khamis, 29 September 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Helaian Al Quran salah cetak ditinggalkan dalam bangsal <b>di Bachok</b> |

Posted: 25 Sep 2011 05:34 PM PDT

No of View :223

Penemuan puluhan ribu kertas tertera ayat suci al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal di Kampung Tok Edeng, dekat Beris Kubor Besar, di sini, menggemparkan penduduk kampung berkenaan, semalam.

Difahamkan, helaian al-Quran tersilap cetak yang dibawa dari Kuala Lumpur menggunakan sebuah treler itu akan dilupuskan dengan cara dibakar, tetapi kerja melupuskan itu belum dilakukan.

Penduduk, Mamat Ali, 60, berkata, pada mulanya dia ternampak sebuah treler ditutupi kanvas berhenti di tepi jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya, pada jam 12 tengah hari.

 Katanya, sebaik treler itu berhenti, sebuah jengkaut menghampiri kenderaan itu dan memunggah helaian al-Quran berkenaan ke sebuah lori kecil sebelum diletakkan di sebuah bangsal.

"Sebelum itu, seorang adik angkat saya berusia 40-an di Kuala Lumpur memaklumkan mahu menghantar helaian al-Quran yang tersilap cetak untuk dibakar.

"Saya tidak menyangka jumlahnya terlalu banyak serta tindakannya itu dibimbangi menyalahi undang-undang dan sepatutnya ia dimaklumkan kepada pihak berwajib," katanya ketika ditemui, semalam.

 Menurut Mamat, penemuan helaian al-Quran tersalah cetak itu dimaklumkan kepada penduduk kampung lain sebelum menghubungi polis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk pemeriksaan.

Katanya, adik angkatnya akan berurusan dengan pihak Maik mengenai perkara berkenaan sementara menunggu tindakan lanjut.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Mohamad, ketika dihubungi berkata, berdosa dan haram hukumnya kepada mana-mana individu yang membuang ayat suci al-Quran di merata tempat.

Katanya, Islam menggariskan beberapa peraturan dalam usaha melupuskan naskhah al-Quran sudah rosak, buruk dan tidak boleh digunakan, namun ia perlu mengikut kaedah tertentu termasuk dilakukan syarikat dilantik khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Penerbitan Al-Quran yang mempunyai cawangan di negeri ini.

"Jika ayat suci al-Quran itu dibuang di merata tempat, individu terbabit disifatkan menghina kesucian al-Quran kerana jika hendak dilupus sekalipun perlu menggunakan kaedah tertentu seperti dibakar menggunakan tong khas sebelum abunya dikumpulkan dan dibuang ke laut atau ditanam di kawasan khusus.

"Kaedah ini diperakukan KDN kepada pihak yang diberi tanggungjawab. Oleh itu, saya menyifatkan tindakan pihak berkenaan membuang helaian ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya dosa mengikut hukum syarak," katanya.

Incoming search terms:

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads