Isnin, 5 September 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan … | TukarTiub <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 07:57 AM PDT

Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan …

Biodata :

Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar

Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Tahun lahir : 1923M

Pendidikan :

  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953

6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :

1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.

2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995

3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan

4. Menerima anugerah gelaran Dato' Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia

Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah


Video Wajib Tengok


Sumber: www.youtube.com


Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh

oleh ribuan pelajar

Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid

Orang ramai merebtkan peluang terakhir menziarahi аn memberi penghormatan terakhir buat guru mulia

DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru

Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru

Ribuan orang solat jenazah

MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM

RAJA KELANTAN , RAJA MUDA KELANTAN SOLAT JENAZAH TN GURU HJ HASYIM

Jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .

Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu …

ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah !

Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal …

Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi

AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/08/tuan-guru-hj-hasyim-pasir-tumboh-dalam.html

Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/08/tuan-guru-hj-hasyim-pasir-tumboh-dalam.html

Artikel Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads