Sabtu, 24 September 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Kelonggaran Perlaksanaan Hudud <b>Di Kelantan</b> - Salam Perjuangan

Posted: 22 Sep 2011 11:25 PM PDT


Berilah keizinan pada Kelantan









Pagi Jumaat ini suka tak suka perhatian kita tertarik oleh satu isu yang hangat dipermainkan di dada-dada akhbar media perdana.
 The Star umpamanya membawa tajuk: "Hudud feud" manakala Berita Harian pula: "DAP boleh keluar"

Saya tidak berhajat mengulas politik disebalik isu ini, cuma mahu menyentuh isu dasar dan pentadbiran. Yang jelasnya kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993 setelah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri nya dan perkenan Sultan Kelantan. Enakmen berkenaan telah menggariskan prosedur dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam, sekaligus member laluan kepada perlaksanaan hukum Hudud di negeri berkenaan.
Malangnya ketika itu Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr M) telah member amaran bertulis kepada MB Kelantan melalui suratnya bertarikh 15 Julai 1994, menghalang perlaksanaan hukum berkenaan. Anatara lain beliau menulis:
Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Kebelakangan ini timbul pula isu kondusif atau tidak dilaksanakan hudud di Kelantan dan MB Kelantan telah pun member respon selaku Ketua Pentadbir Negeri bahawa beliau yakin rakyat Kelantan telah bersedia.
Isunya, boleh tak boleh laksana?
Syukur setelah tiada lagi Tun Dr M sebagai PM, kini "authority" kedua tertinggi dalam Negara iaitu TPM Muhyuddin Yassin telah mengesahkan bahawa Hukum Hudud itu adalah sebahagian dari Islam dan wajib dilaksana. Kata beliau:
Bukan soal hudud diterima atau tidak kerana dalam Islam memang ada Hukum Hudud
Jika dahulu Tun Dr M pertikaikan undang-undang yang digubal oleh kerajaan Kelantan kononnya ia undang-undang PAS (walaupun dari segi faktanya enakmen itu dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan yang anggotanya termasuk wakil Umno-BN) kini tiada lagi dipolitkkan isu hudud. Semua setuju ia wajib dilaksana.
Isunya kini boleh tak laksana hari ini?
Malangnya TPM menambah ia belum sesuai di Malaysia! Tetapi beliau juga berkata kalau Kelantan mahu juga laksanakan, teruskan jangan jadikan surat Tun Dr M (bertarikh 15 Julai 1994) itu sebagai alasan, kerana kata TPM Tun Dr M bukan PM lagi.
Memang benar Tun Dr M bukan PM lagi tetapi sebagaimana dinyatakan oleh MB Kelantan, surat bertarikh 15 Julai 1994 itu ditandatangani oleh Tun atas kapasiti seorang PM, maka jika TPM beri laluan, wajarlah surat itu dibatalkan atau barangkali PM Najib Tun Razak boleh keluarkan surat keizinan baru.
Rakyat Kelantan sejak 1990 telah member mandate kepada kerajaan yang ada pada hari ini, pada tahun 1993, wakil-wakil rakyat negeri Kelantan atas mandate yang diberi rakyat telah mengundi menyokong enakmen ini sebulat suara. Ia kemudiannya diangkat oleh kerajaan negeri bagi mendapatkan perkenan Sultan Kelantan. Dan Sultan telah perkenankan bermakna seluruh proses perundangan yang demokratik telah dipatuhi.
Kalau rakyat Kelantan mahu, sudah pasti mereka juga yakin ia kondusif buat mereka, lalu apa yang mahu dihalang lagi?
Memang ada peruntukkan penghalang dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi jika kerajaan Persekutuan mahu member laluan penghalang itu boleh dikecualikan buat Kelantan.
Tanpa membabitkan sentimen politik, dipagi Jumaat ini kalau kita akur bahawa Hudud itu adalah sebahagian dari tuntutan syariah, maka berilah laluan kepada saudara-saudara kita disebuah negeri yang bersedia mahu melaksanakannya.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Ambillah iktibar dari peristiwa ini, dan mungkin banyak lagi kes sedemikian yang tidak tersebar kepada umum. Sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan amalam "Menzalimi Diri sendiri" walaupun telah di beri peringatan.


DAP boleh keluar : N9 Kini

Posted: 22 Sep 2011 04:30 PM PDT

September 23, 2011 by Mail  
Filed under News1

KOTA BHARU: 23 Sept -  PAS tetap laksana hukum hudud walaupun dapat tentangan Kit Siang, Karpal.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

"Nak jumpa berapa kali jumpa dah… DAP dah keluar sekali dalam APU dulu. Tak apa saya kata… bye bye tak ada apa, sekarang ini dia masuk balik, jadi itu dia punya pasal.

"Kalau tak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi Allah, buat udara sendiri, jangan menumpang udara Allah, buat matahari sendiri, jangan menumpang matahari Allah. Selagi kita menumpang di bumi Allah maka agama yang Allah rasmikan ialah Islam," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Peserta Kursus Kenegaraan 2011, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam meskipun mendapat tentangan, terutama daripada DAP.

Semalam, akhbar melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh terkejut dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Tun Dr Mahathir dilaporkan membidas Nik Aziz kerana menganggap beliau penghalang utama pelaksanaan hukum itu ketika menjadi Perdana Menteri dan bukannya Karpal. Dr Mahathir juga mencabar Nik Aziz melaksanakannya kerana beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh menghalangnya berbuat demikian.

Mengulas hasrat pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin menjejaskan hubungan PAS dengan rakan dalam pakatan pembangkang, Nik Aziz menegaskan beliau tetap dengan pendirian itu.
"Saya tetap dengan agama Islam dan itu adalah yang diperjuangkan waktu mula-mula PAS diwujudkan. Ia bukan benda baru lagi… (mengenai) dialog, berapa kali dialog dah kami lakukan, sudah 20 tahun," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Karpal berkata cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Ia bukan saja dilihat tidak pragmatik, malah tidak kena pada masanya selain bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan boleh menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

"Pelaksanaan hukum hudud boleh mengundang kebimbangan masyarakat bukan Islam bahawa ada usaha untuk mewujudkan negara Islam seperti Arab Saudi dan Sudan yang melaksanakan hukum hudud sehingga wujud jurang antara masyarakat Islam dan bukan Islam," katanya ketika dihubungi.

Karpal juga berkata, Kerajaan PAS Kelantan harus pragmatik dan menerima hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pakatan pembangkang juga perlu menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan bagi meredakan kebimbangan masyarakat bukan Islam, tetapi menyifatkan kenyataan Anwar sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili PKR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial Twitter, berkata DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Lim berkata, hasrat PAS menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.

Sementara itu Anwar berkata, secara peribadi beliau menyokong usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak orang bukan Islam dan pentadbiran adil adalah dijamin.

"Buat masa ini, secara umum pada dasarnya saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil. Ia tidak mencabuli hak orang bukan Islam dalam apa cara sekalipun," katanya.

Artikel lain:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads