Selasa, 6 September 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


&#39;Mat Chah&#39; sedia <b>galas</b> cabaran <b>Kelantan</b> | Khalic Dot Com

Posted: 06 Sep 2011 04:15 AM PDT

shahrizanismailmini Mat Chah Sedia Galas Cabaran Kelantan

Mat Chah ganti Khairul Fahmi lawan Sarawak di Kuching malam ini. Foto: Kosmo!

Penjaga gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail bersedia menggalas tanggungjawab utama selaku penyelamat gawang The Red Warrriors ketika turun menentang Sarawak dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.

Shahrizan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Chah mengakui tekanan turut dirasai kerana dia kini menjadi harapan penyokong setia selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi untuk pasukan.

Shahrizan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Chah mengakui tekanan turut dirasai kerana dia kini menjadi harapan penyokong setia selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi untuk pasukan.

"Tekanan tidak boleh dielakkan namun dengan pengalaman yang ada, saya cuba tenang dan fokus selain mahu memberi yang terbaik untuk pasukan.

"Saya perlu jalan tugas dan cabaran ini jika diberi kepercayaan namun saya tetap akan berwaspada terhadap pasukan lawan kerana malam esok (malam ini) perlawanan pertama kami," katanya ketika dihubungi semalam.

Selaku juara bertahan, Kelantan dianggap pemerhati bola sepak dan pengkritik sebagai pilihan muncul juara Kumpulan C dan perwatakan Red Warriors akan dapat dilihat selepas tamat perlawanan malam ini.

Sementara itu, Karathu berkata pasukannya tidak akan memandang mudah keupayaan Sarawak kerana dalam saingan Piala Malaysia momentum setiap pasukan pasti berbeza kerana masing-masing memburu kejuaraan. Malah, Sarawak dilihat mampu memberi saingan sengit.

"Sebagai persediaan menentang kita mantapkan barisan pertahanan selain gawang gol akan dikawal ketat penjaga gol. Kami akan beraksi dalam setiap perlawanan dengan misi mempertahankan kejuaraan," katanya. -BHOnline

iklan2 Mat Chah Sedia Galas Cabaran Kelantan
iklan468 Mat Chah Sedia Galas Cabaran Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads