Jumaat, 7 Oktober 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


MASALAH AIR <b>DI</b> KELANTAN BELUM SELESAI

Posted: 02 Oct 2011 06:45 AM PDT

Panjang betul episod cerita masalah air di Kelantan ni. Dari aku duk UiTM Machang dulu pun dah ada masalah air. Sekarang pun belum settle masalah air. Apasal bengap dan dungu sangat Air Kelantan Sdn. Bhd. ni dalam bab supply keperluan asas? Masalah bertahun-tahun yang belum settle lagi?

Kalau AKSB tu orang, dah lama aku berak atas muka AKSB!

masalah air di kelantan

TUMPAT 2 Okt. – Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.

"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.

Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.

Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.

"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain," katanya.

Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. – Bernama

Number of View :23

PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kerjasama jayakan sambutan Aidilfitri

Posted: 12 Oct 2009 08:42 PM PDT

KUALA KRAI - Kerjasama penghulu mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Meng-kebang terserlah apabila masing-masing menyediakan satu hidangan untuk juadah sambutan Aidilfitri Majlis Tin-dakan DUN (MTD) itu, dekat sini, semalam.

Pengarah MTD yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, antara hidangan disediakan 12 penghulu mukim terbabit ialah gulai kawah, sate, lemang, ketupat, roti jalan, kuih raya dan minuman.

Menurutnya, majlis sambutan itu turut mendapat kerjasama peserta Ladang Rakyat DUN Mengkebang yang membuat persiapan tempat dan membantu urusetia penganjur melayan kira-kira 3,000 tetamu yang hadir.

"Majlis sambutan yang men-jadi acara tahunan MTD ini adalah antara peluang terbaik bagi rakyat di daerah ini terutama di Mengkebang untuk hadir, bertemu mata dan mengeratkan lagi hubungan.

"Majlis seumpama ini juga dapat memberi gambaran jelas kerjasama erat dan semangat tinggi yang diberikan semua penghulu mukim dan petugas bagi menjayakan pelbagai aktiviti MTD Mengkebang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Aidifltri anjuran MTD Mengkebang di Dataran Sungai Durian, dekat sini, semalam, yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Hadir sama Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Alias Abdul Rahman; Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan, Mahadi Mat Zin; Naib Ketua Dewan Muslimah Pas kawasan, Hazimah Khalipah dan Setiausaha MTD Manek Urai, Mohamad Harun.

Abdul Latiff berkata, pihaknya tidak menganjurkan majlis sambutan itu lebih awal kerana bimbang tidak ramai yang dapat hadir kerana masing-masing masih 'sibuk' berhari raya dan memenuhi jemputan banyak rumah terbuka lain.

Katanya, majlis sambutan yang turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum itu dimeriahkan juga dengan pengagihan kira-kira 100 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.-sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads