Sabtu, 8 Oktober 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


UMNO Tidak Halang Pelaksanaan Hukum Hudud <b>Di Negeri Kelantan</b>

Posted: 08 Oct 2011 11:40 AM PDT

Apa lagi yang ditunggu oleh kerajaan Pas Kelantan untuk laksanakan hudud kerana pemimpin Umno pun mengatakan kuasa agama adalah hak milik Kelantan. Justeru Umno menasihatkan Kelantan supaya jangan mempolitikkan hudud demi meraih undi kerana hakikatnya Pas mempunyai niat tersembunyi dalam laksana hudud.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelaksanaan hudud seharusnya sudah lama berjalan kerana kuasa agama Islam berada sepenuhnya dalam kerajaan negeri Pas Kelantan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, hakikatnya Umno tidak pernah menghalang pelaksanaan hudud di negeri Kelantan malah menyokong undang-undang Islam itu.

Beliau berkata seharusnya hudud itu tidak wajar dipolitikkan sehingga menjadi satu polemik yang mencemarkan kesucian agama Islam.

"Pas seharusnya menggunakan politik untuk kerajaan bukannya menggunakan agama untuk politik.

"Kenapa baru sekarang hendak dimainkan gendang kompang yang lama, Pas sepatutnya melaksanakan sejak dahulu lagi kerana undang-undang Islam adalah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan majlis penutupan Taklimat Perdana, di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kerajaan Pas Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum hudud pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan semua anggota, termasuk dua anggota pembangkang Barisan Nasional (BN). Sehingga kini undang-undang itu tidak dilaksanakan.

Pada 25 Sept lepas, Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz berkata Kelantan yang berhasrat melaksanakan hukum hudud, kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Ahmad Zahid berkata suasana kemajmukkan di negara ini, iaitu terdiri berbilang kaum, juga menjadikan hudud masih kurang sesuai untuk dilaksanakan di negara pada masa kini.

Beliau berkata apa yang penting ialah keadilan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab untuk semua rakyat termasuk aspek ekonomi, sosial dan politik.

Beliau juga yakin BN boleh memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan daripada 45 kerusi DUN itu pada pilihan raya umum akan datang walaupun ianya menghadapi pelabagai rintangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads