Jumaat, 10 Februari 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Ajijoi: Jangan beri peluang kepada BN

Posted: 04 Feb 2012 04:19 PM PST

PASIR PUTEH: Rakyat digesa jangan berkeinginan untuk memberi peluang untuk BN terus memerintah negara.
Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin ketika menyampaikan Ceramah Konvoi Penerangan PAS Pusat di Masjid Kg Bukit Belah Gaal, Pasir Puteh, Kelantan 14 Februari lalu.
Menurutnya, pentadbiran BN terbukti tidak berintegriti  dan amanah walaupun diberi peluang memerintah lebih separuh abad.
Katanya, masalah rasuah, korupsi, kroni, kezaliman dan sebagainya masih menular di Malaysia malah semakin hari semakin meningkat. 
"Mati hidup balik pun BN tidak akan berubah kerana mereka 'konsisten' dengan perangai mereka," tegas beliau.
Tambahnya, BN masih tidak 'insaf' walaupun rakyat memberi masa dan peluang kepada mereka.
"Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, satu jangka masa yang panjang untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara dengan baik namun masih tidak berjaya.
"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara dan saya yakin manifesto dalam buku Jingga dapat direalisasikan," ujar beliau.
Turut menyampaikan ceramah malam tersebut ialah Adun Titi Serong YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Batu Caves YB Amirudin Shari, Adun Gaal YB Dr Nik Mazlan Nik Mohamed dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki.
Dalam Program Jelajah PAS Pusat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ini, pelbagai program bersama rakyat diatur bermula dengan Kuliah Subuh sehingga kemuncak  ceramah di sebelah malam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads