Selasa, 28 Februari 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Ramai Belum Daftar Rakan Cop | Detik Perubahan

Posted: 26 Feb 2012 04:48 PM PST

JELAWAT – Masih ramai penduduk Bachok yang belum mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop bagi membantu menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan mereka.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, pihak polis tidak mampu mengawal keseluruhan penduduk Bachok yang nisbah seorang anggota polis ialah untuk lebih 2,000 penduduk.

Justeru, menurutnya, kerjasama daripada orang ramai amat diharapkan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah di tempat mereka.

"Ini bukan bererti pihak polis bertindak melepas tangan terhadap kes yang berlaku, tetapi kami perlukan kerjasama dan maklumat daripada orang ramai untuk membanteras jenayah di kawasan mereka.

"Salah satu caranya ialah melalui Rakan Cop yang iaitu orang ramai menjadi mata dan telinga pihak polis untuk menyalurkan maklumat berguna bagi mencegah jenayah," katanya ketika program Majlis Mesra Polis Bersama Masyarakat di pekan Jelawat semalam.

Majlis tersebut dihadiri kira- kira 250 penduduk sekitar Jelawat yang diadakan di dewan Persatuan Penduduk Cina Jelawat.

Beliau berkata, setiap data peribadi pemberi maklumat adalah dirahsiakan dan maklumat yang disalurkan perlulah tepat untuk memudahkan tindakan diambil.

Selain itu katanya, orang ramai juga tidak boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan harta benda mereka dan menutup peluang untuk penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Katanya, peranan ahli komuniti seperti Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) juga perlu diperkemas untuk saling membantu pihak polis mengawal kes jenayah di kawasan masing- masing.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.

Angka tersebut adalah daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, iaitu naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Keputusan kedudukan itu diumumkan pada penghujung Mei lepas berdasarkan kaji selidik Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di Sydney, Australia.

Malaysia juga berada pada kedudukan pertama paling selamat dalam Asia Tenggara dan tempat kedua Asia di belakang Jepun

- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads