Khamis, 9 Februari 2012

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Gimik 300 sertai Umno <b>di Tanah Merah</b> dibongkar

Posted: 23 Oct 2011 01:05 AM PDT

TANAH MERAH, 23 Okt: Gimik kononnya 300 penyokong PAS di Taman Perumahan Hulu Kusial menyertai Umno terjawab apabila hanya 20 orang sahaja dikenal pasti ahli dan bekas penyokong PAS.

Selebihnya penyokong Umno menyertai Umno berkali-kali. Strategi itu sudah kerap kali diuar-uarkan di Pasir Puteh sebelum ini.

Namun impian Umno dengan diketuai Datuk Mustapa Mohamed mengumpankan bekas penyokong PAS terbabit tidak kekal lama apabila sebahagiannya mendedahkan sebagai gimik semata-mata.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Gual Ipoh, Razali Yusof berkata, sebahagian bekas penyokong PAS terbabit ketika ditemui memberi jaminan mahu kembali semula kepada perjuangan asal.

"Mereka hadir pada program penyerahan borang menyertai Umno semata-mata kerana sentimen bersifat sementara," katanya ketika ditemui pada program ceramah sempena 160 bekas Umno dari lima kampung menyertai PAS di Gual Ipoh malam kelmarin.

Penyokong dan bekas ahli Umno itu diketuai anggota jawatankuasa Umno Cawangan Bukit Kelidang, Rustam Mustafa, 37.

Beliau menyerah borang mewakili rakan-rakannya kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program yang diadakan di rumah Mohd Yusof Mat Zain, 62, seorang usahawan berjaya di kampung itu.

Sebelum program ceramah bermula diadakan solat hajat dan perasmian dewan terbuka di tapak ceramah milik Mohd Yusof atau lebih dikenali Abe Soh.

Pada 11 Oktober lalu media melaporkan seramai 300 penyokong setia PAS di Hulu Kusial menyertai Umno yang diketuai Zahari Mamat.

Ekoran program itu Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan mendakwa sokongan terhadap Umno semakin pulih.

Rustam yang pernah menjadi perwakilan Umno Tanah Merah ke perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur memberitahu sudah sampai masanya beliau dan rakan-rakan meninggalkan Umno kerana usahanya selama ini tidak dihargai parti itu.

Katanya, Umno hanya mengharap tenaga ketika beliau senang, dan ketika berdepan dengan kesusahan hidup mereka tinggalkan.

"Alhamdulillah Cikgu Wan dan Abe Lie banyak membantu saya memberi kesedaran baru dalam hidup," katanya.

Hadir pada program itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa.

Tempat ceramah tersebut penuh sesak dengan kehadiran orang ramai biar pun hujan turun lebat pada sebelah petang.

Manakala lebih 100 lagi ahli dan penyokong Umno akan mengisytihar menyertai PAS di Dun Bukit Panau dalam masa terdekat ini.

(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

La Tahzan: Semalaman <b>di Tanah Merah</b>

Posted: 27 Jan 2012 05:20 AM PST


Atas jemputan sepupu kepada pengasas Tia Amelia...maka, hadirlah kami dengan pasangan masing2 di kedai tersebut... Pada malam tuh, yang turut sama ialah apex, Azizi dan pasangan kami lah (Roypi, Farhan & Daudsu)..

Kitaorg konvoi 4 buah kereta malam tuh g Tanah Merah...aku sempat kot terlelap skejap, ngantok okeh ms tu dh kul 10pm...huhu..kan best kalau Ila Azizi pn ade same..hehe...semoga selamat bersalin kepada Ila di Kedah sana nun, xsabar nk tggu kelahiran baby ke-2 Ila hehehehe

ADIOS

Jamuan Rakyat Bersama TPM <b>Di Tanah Merah</b>, 18000 Hadir «

Posted: 26 Nov 2011 06:03 PM PST

Majlis Jamuan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini hari ini mendapat sokongan menakjubkan apabila hampir 18,000 hadir memeriahkannya.

Meskipun dalam suasana hujan lebat dan tanah yang becak, ia tidak mematahkan semangat mereka yang hadir sejak awal pagi lagi meskipun program hanya bermula pada pukul 2 petang.

Semangat rakyat turut disemarakkan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang merasmikan majlis tersebut. Muhyiddin ketika berucap pada majlis itu turut merakamkan kegembiraan beliau kerana sokongan padu rakyat yang datang walaupun mereka terpaksa meredah air dan hujan lebat.

"Saya percaya ini adalah tanda rakyat Kelantan mahukan perubahan yang besar dan akan memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah Kelantan," katanya.

Sementara itu, Ikmal ketika berucap berkata, bantuan yang diberikan BN kepada rakyat Tanah Merah terlalu banyak dan hanya BN yang mampu memajukan negeri ini.

"Orang Tanah Merah sudah berjanji dalam pilihan raya umum akan datang mereka akan memberikan kemenangan kepada BN di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

"Banyak bantuan telah diberikan kepada rakyat di sini termasuk peruntukan baik pulih surau dan masjid yang daif dan tidak diendahkan Kerajaan Pas Kelantan," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads