Ahad, 25 Mac 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Budak Perempuan Berjambang Dan Berbulu Lebat <b>Di Bachok</b>

Posted: 25 Mar 2012 05:30 PM PDT

BACHOK: Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya berjambang, malah suaranya juga garau. Itu keunikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Nurul Afida Batrisya Razi dari Kampung Canggong, dekat sini.

Walaupun berbeza, kanak-kanak itu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya, malah bersekolah di prasekolah Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kampung Nipah, dekat sini.

Ibunya, Asliza Omar, 37, berkata walaupun keadaan anaknya luar biasa dan sering menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, dia tidak malu, malah tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

"Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu yang lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat.

"Kekurangannya ketika ini lambat bercakap," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiga Sekolah Kekal Kelulusan 100 Peratus <b>Di Bachok</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 03:13 AM PDT

Saupi (tiga kiri) selepas menyampaikan keputusan kepada salah seorang pelajar cemerlang, Luqman Amri di SMKA Tok Bachok tangah hari tadi.

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Tiga buah sekolah menengah dalam Pejabat Pelajaran Bachok berjaya mengekalkan kecemerlangan kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, tiga buah sekolah tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tok Bachok, SMK Dato' Perdana dan SM Teknik Bachok dan  mencatatkan kelulusan am 100 peratus bagi SPM 2011.

Menurutnya, 14 calon pula mendapat keputusan 'straight A' yang didominasi oleh  SMKA Tok Bachok apabila tiga calonnya mencatat '11  A'.

"Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya mencatat keputusan cemerlang bagi SPM 2011terutamanya 14 calon 'straight A' daripada semua sekolah yang terlibat.

"Sekolah lain yang mendapat 'straight A' ialah tiga pelajar dari SMK Beris Panchor, empat pelajar dari SMK Long Yunus dan empat dari SMK Bachok," katanya.

Katanya, kelulusan am PPD Bachok tahun 2011 ialah 91.11 peratus dengan Gred Purata Sekolah 4.79.

Menurutnya, tahun ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila dua pelajar dari SMKA Tok Bachok mendapat keputusan 11A+ buat julung kalinya dalam sejarah PPD Bachok.

Dua pelajar tersebut ialah Luqman Amri dan Mohd Syafiq Shazwan Saipul Bahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads