Rabu, 28 Mac 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


SAINS: Selamat Datang Panel Penilai PAGI 2012

Posted: 26 Mar 2012 04:02 AM PDT


Hari ini. kumpulan panel penilai Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (yang kami namakan PAGI) dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berada di bumi Kelantan bagi menilai guru yang telah dicalonkan berdasarkan kategori ke pertandingan berkenaan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru tahun 2012.

2 Kumpulan panel iaitu bagi kategori Individu Menengah dan kategori Pra Sekolah tiba dengan mengambil penerbangan dari KLIA manakala 1 kumpulan untuk Individu Rendah tiba di Terengganu dan dijemput di PPD Besut setelah selesai menilai calon dari JPN Terengganu.

Ketiga-tiga kumpulan Panel ini akan bertolak ke sekolah pada pagi esok, 27 Mac 2012 (Selasa) dengan diiringi oleh pegawai pengiring dari SPA, JPN Kelantan,

- Individu Menengah -SMJKC Chung Hwa, Kota Bharu
- Individu Rendah - SK Bendang Pauh, Pasir Mas
- Pra Sekolah - SK Kampung Keling, Kota Bharu

Bagi kategori Kumpulan dari SK Pasir Puteh (Perempuan) penilaian oleh Panel Penilai dari BPK, KPM telah selesai dilakukan pada 20 Mac 2012 yang lalu. ( Setiap kumpulan terdiri dari 3 orang pegawai dalam bidang kepakaran masing-masing mengikut disiplin mata pelajaran )

Berapa langkah yang sewajarnya telah diambil oleh pihak JPN dan PPD bagi memastikan kepatuhan setiap calon dalam menjayakan pertandingan ini.

Sebagai Penyelaras Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Negeri, kesempatan diambil untuk memberi ucapan berbanyak terima kasih kepada semua panel BPK yang terbabit, juga kepada rakan dari SPA dan PPD yang begitu banyak membantu. Juga kepada tuan Pengetua dan Guru Besar sekolah yang terlibat dan tak lupa kepada calon yang diangkat mewakili negeri pada kali ini. Tak ketinggalan kepada Guru yang pernah dinobatkan sebagai Guru Inovatif dengan pengalaman membantu calon PAGI berkenaan.

Itulah apa yang kami bersama usahakan semoga dengan izin NYA membuah kejayaan sebagaimana tahun sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads