Isnin, 26 Mac 2012

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Sk Kubang Kerian 2: Jasamu Disanjung Cikgu Pn.Hjh Midah

Posted: 21 Mar 2012 08:44 PM PDT

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Mac 2012,Satu majlis persaraan telah diadakan di Dewan Harmoni.Puan Hjh Midah dilahirkan di sebuah pondok yang terletak bersebelahan dengan Pasar Segar, Kubang Kerian. Beliau merupakan anak ke dua dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi kaya dengan budi bahasa. Beliau telah mendapat didikan awal si SKKK 1, kemudian meneruskan pengajian sehingga tingkatan 6. menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.Beliau mula mengajar di SMK Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1978, memegang jawatan sebagai warden Asrama perempuan di samping menjadi AJK PIBG, jurulatih tarian sekolah dan jurulatih Bola Tampar. 
        Beliau bertemu jodoh dengan seorang jejaka pilihan yang bergelar guru iaitu AB.Wahab b. Salleh, yang juga sama sama bertugas di sekolah itu.Setelah sembilan tahun bertugas di perantauan, barulah kembali bertugas di negeri tumpah darah tercinta iaitu di SK. Demit ,1987.
Tahun 2000, beliau berhijrah ke SK Kubang Kerian 2.

Beliau mengajar tahun 5 (PDL) dan tahun 6 (UPSR) selama 30 tahun. Sanggup berhempas pulas dan berpenat lelah dengan dengan kelas tambahan siang dan malam, demi kecermelangan murid dan menjulang gahnya nama sekolah.Beliau pernah ditawarkan sebagai Penyelia Petang di SK. Belimbing, Tanah Merah, tapi demi cintakan murid tahun 6, Tawaran itu ditolak.
Antara Sumbangan Cikgu Puan Midah adalah :
*Pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR (LPN)dari tahun 2000-2007, kemudian menarik diri atas alasan kesihatan.Ketua Panitia BM selama beberapa tahun disekolah ini, juga pernah menjadi setia usaha BM.
*Beliau pernah menjadi Bendahari PIBG dari tahun 2000 – 2004,yang mana PIBG sekolah pada masa itu pernah di nobatkan sebagai JUARA di negeri kelantan.
*Beliau menjadi jurulatih syair selama 2 tahun berturut turut yang berjaya menjadi johan di negeri Kelantan


*Beliau juga pernah menjadi jurulatih bercerita yang berjaya ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas.
           Sekarang beliau telah bergelar nenek kepada dua orang cucu, daripada anak sulung perempuan yang juga seorang guru.
 










Maut Selepas Hantar Anak | Detik Perubahan

Posted: 25 Mar 2012 09:15 PM PDT

KOTA BHARU- Seorang bapa yang baru menghantar anaknya ke sekolah maut selepas keretanya dirempuh dari arah bertentangan dalam kemalangan yang berlaku di Kampung Demit, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.15 itu menyebabkan mangsa, Ludin Ismail, 45, yang memandu kereta jenis Dahaitsu Charade maut di tempat kejadian dipercayai tersepit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang memandu dari arah Kubang Kerian ke Panji dirempuh kenderaan Honda Accord yang dikatakan memotong beberapa kenderaan lain dari arah bertentangan.

"Kenderaan itu tidak sempat masuk ke laluannya semula, sehingga menyebabkan dia merempuh kereta Kancil di bahagian sisi kanan dan kenderaan mangsa di bahagian depan. Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian, manakala pemandu kereta Kancil mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HUSM," katanya semalam.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Zarina Abdul Rahim, 40, berkata, sebelum kejadian, suaminya itu sempat membasuh kereta milik adiknya dan beria-ia hendak menghantar anak, Rizal,13 ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji menggunakan kereta.

"Saya rasa pelik kerana sebelum ini dia selalu menghantar dua anak saya, Rizal, dan Mohd Ridzuan, 12 menaiki motosikal namun pada hari kejadian dia tekad hantar anak menaiki kereta. Saya rasa tidak sedap hati pada mulanya, namun tidak endahkannya dan tidak sangka ia petanda ajalnya," katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Katanya, suaminya seorang yang kelakar dan suka bergurau, tetapi sebelum kemalangan itu dia berubah menjadi pendiam melainkan berbincang mengenai perkara penting sahaja.

"Saya menerima berita suami terlibat dalam kemalangan selepas terlelap di kerusi menunggu yang pada kebiasaannya akan pulang kira-kira jam 7.45 pagi, namun kira-kira jam 9, saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan suami terlibat kemalangan dan berada di bilik mayat HUSM," katanya. Jenazah dituntut keluarga mangsa untuk di kebumikan di kampungnya di Pengkalan Kubor, Tumpat selepas solat zohor. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads