Selasa, 6 Mac 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Mustapa sedia tanding dua kerusi <b>di</b> Jeli

Posted: 04 Mar 2012 06:26 PM PST

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli saja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

NONE"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di Pasir Puteh, malam tadi, yang dihadiri 300 penduduk kampung.

Mustapa pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"Kalau semua pihak sanggup kerja kuat bersama saya tanpa ada sabotaj tidak mustahil BN dapat memenangi 30 kerusi," katanya.

Mustapa berkata, Umno Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota PAS dan kumpulan atas pagar menyertai BN.

Katanya, gandingan golongan muda, veteran Umno dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.Bernama

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: Penyu hambat <b>Kelantan</b>

Posted: 03 Mar 2012 06:02 PM PST


 Kedah cipta kejutan benam Selangor

TERENGGANU terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam tadi pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Apa pun, kemenangan Terengganu gagal membantu mereka memintas The Red Warriors kerana perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan pantai Timur itu terikat 17 mata. Kedah harus ceria dengan gol tunggal pemain import baru, Safi Alfatah menerusi sepakan penalti untuk penyokong Hijau Kuning kembali ceria.

Sabah juga mencari cengkaman selepas bangkit untuk menewaskan Johor 2-1 di Stadium Likas.

Kedah kejut Selangor, Perak sekadar seri



KEDAH yang menduduki tangga kedua tercorot sebelum perlawanan berjaya mencipta kejutan besar menewaskan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi dengan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 30 minit terakhir.

Babak pertama terikat tanpa jaringan dengan Kedah memperoleh banyak peluang khususnya menerusi Khyril Muhymeen Zambri yang gagal manfaatkan dua peluang keemasan apabila hanya berdepan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Pada minit ke-57, pengadil Maswari Mislan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah selepas pemain pertahanan dari Lubnan, Ramez Dayoub secara sengaja menampan dengan tangan dan terus dilayangkan kad merah.

Walaupun sepakan itu mahu diambil oleh Safi Alfatah, Badrul Bakhtiar meletakkan bola di tanda penalti dan terus mengambil sepakan yang terkena tiang kiri, lalu terselamat Selangor daripada ketinggalan.

Maswari sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Khyril dijatuhkan dan kali ini sepakan itu diambil Safi yang menendang ke sebelah kanan Norazlan.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hasrat Perak memintas Kelantan sebagai penghuni sementara tangga teratas liga tidak kesampaian apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan PKNS.

Perak terpaksa bangkit dua kali menerusi jaringan Fazrul Hazli Kadri (42) dan penalti Michal Kubala (79) selepas mereka ketinggalan hasil jaringan Helmi Remeli (20) dan Fauzan Dzulkifli (56).

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan Rozaimi Abd Rahman (30) dan Shahrudin Yakup (80) selepas ketinggalan menerusi jaringan Arthur Henrique (28).

Gol sulung S Chanturu kekalkan kelebihan <b>Kelantan</b> | Sokernet

Posted: 04 Mar 2012 08:09 PM PST

You are here: Home / Liga Super / Gol sulung S Chanturu kekalkan kelebihan Kelantan

Kelantan vs Negeri Sembilan 2-1
Kelantan vs Negeri Sembilan [2-1]

Kelantan tewaskan Negeri Sembilan 2-1

GOL masa kecederaan S Chanturu membantu Kelantan mengutip tiga mata penuh, sekali gus mengekalkan penguasaan di persada Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Sebaik sepak mula, Kelantan yang dikendalikan buat pertama kali jurulatih baru, Bojan Hodak, hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan apabila kapten, Badhri Radzi yang tidak dikawal menerima hantaran cantik Zairul Fitree Ishak sebelum merembat padu menewaskan Farizal Marlias.

Video Kelantan 2-1 Negeri Sembilan

Negeri Sembilan cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi Che Mat cukup sukar ditembusi untuk kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Selepas rehat, anak buah Azraai Khor Abdullah bagai disuntik semangat baru dan mula mengawal permainan dan Khairul Fahmi yang cuba memintas bola gagal menangkap kemas dan Shakir Ali tampil menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-53.

The Red Warriors yang tampak tidak kekok di bawah Hodak yang menggantikan Peter Butler, hampir dikecewakan Effa Owana pada minit terakhir, tetapi percubaan penyerang itu sempat ditepis Khairul Fahmi.

Ketika kedudukan 1-1 tampak memuaskan hati kedua-dua pasukan, Kelantan menyambar tiga mata penuh apabila Chanturu yang berada di dalam kotak penalti menyempurnakan bola selepas gagal dikeluarkan pemain Negeri Sembilan.

Penyandang juara Liga Super itu kekal di persada liga dengan 20 mata, tiga mata di depan Terengganu dan empat mata di depan T-Team dan Perak manakala Negeri Sembilan masih di tangga ketujuh dengan 12 mata.

Video Kelantan vs Negeri Sembilan | Gol S Chanturu


Gol S Chanturu: Kelantan vs Negeri Sembilan

Kelantan vs Negeri Sembilan

Related posts

coded by nessus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads