Sabtu, 10 Mac 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Sayap CandidSyndrome akan dibuka <b>di Kota Bharu</b> » Wedding <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:59 AM PST

Salah satu kenangan manis saya semasa berkongsi pengalaman fotografi dengan peminat fotografi di Bandar Sandakan, Sabah. Kursus anjuran Photochronic ini telah mencatat sejarah kursus fotografi berbayar yang paling berjaya di Sandakan.

Maaf foto rendah kualiti memandangkan pada malam ketika foto ini di ambil, elektrik galeri ini tidak berfungsi. Ini bakal menjadi galeri fotografi CandidSyndrome Kota Bharu. Individu dalam foto ini ialah rakan kongsi tempatan di Kota Bharu yang juga seorang jurufoto antarabangsa didikan dari Saiful Nang Academy of Photography (SNAP)

Jika mahu semua yang mustahil pun boleh jadi. CandidSyndrome bermula dari modal RM90 pada tahun 2004 telah mula melebarkan sayap ke Brunei Darussalam sebagai cawangan luar negara yang menjadi pada tahun 2006. Itupun setelah kegagalan representasi yang diutus oleh CandidSyndrome untuk pelebaran dan penerokaan pasaran fotografi di United Kingdom pada tahun 2005. Lalu selepas itu, ia terus berkembang sehingga pada tahun 2010 kami sekali lagi menghantar utusan ke Stockholm melalui Mattias Ram dan Jakarta melalui Agah Permadi. Mereka ini adalah representasi jenama yang melakukan percubaan dan proses mengenali pasaran tempatan sebelum kami terjun ke sana. Juga satu lagi rancangan gagal untuk ekspansi ke Perth Australia disebabkan kegawatan ekonomi juga beberapa sebab lain. Semua yang ada kini bukan terjadi begitu sahaja, ia telahpun terjadi melalui siri kegagalan demi kegagalan. Apa yang paling penting ialah, kita belajar dari kegagalan itu untuk kita mengorak langkah lebih kemas pada masa mendatang.

Pada tahun 2011, Lembaga Pengarah syarikat, Colours of Asia Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan juga pengarah-pengarahnya bersepakat untuk mempelbagaikan produk CandidSYndrome melangkaui fotografi perkahwinan sahaja. Maka dengan itu, kami menjadi tumpuan pula untuk tugasan-tugasan fotografi korporat, industrial, komersil, produk, travel, lanskap dan sebagainya. Selain dari fotografi, kami juga melebarkan model perniagaan kepada Pendidikan melalui Akademi Saiful Nang dan juga CandidSyndrome Film (CSF) untuk cabang produksi visual yang juga semakin popular bagi pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan video korporat berprofil tinggi, dokumentari, Program TV, Filem Pendek dan banyak lagi. Selain dari itu kami juga sedang menjalankan beberapa perniagaan fotografi yang belum boleh kami umumkan kepada semua TETAPI masih dalam ruanglingkup yang sama iaitu SENI VISUAL.

Selaras dengan itu, kami membuat perancangan ekspansi ke dua tempat utama dahulu iaitu di Kota Bharu dan Pulau Pinang. Dengan adanya ekspansi ini, kami merasakan ia satu cabang yang sangat baik dalam penyampaian CandidSYndrome agar ia dikenali sebagai satu jenama besar dalam segala keperluan fotografi. Kota Bharu adalah anak pertama dalam perancangan ini. Doakan kami, insyaAllah jika tiada aral melintang, GALERI FOTOGRAFI CANDIDSYNDROME KOTA BHARU akan beraksi dalam 3-4 bulan dari sekarang. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kerjaya saya selama ini dari mula tiada apa hinggalah kini masih terus merangkak tanpa letih.

Semoga Allah berkati anda semua.

ENjoice!

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads