Khamis, 8 Mac 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


BR1M: Lebih RM5 Juta Diagih | Detik Perubahan

Posted: 08 Mar 2012 07:10 PM PST

KUALA KRAI – Hampir RM5.3 juta diagih kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen ini, sejak penyerahan fasa pertama dimulakan 9 Februari lalu.

Ketua Pembantu Tadbir, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) jajahan ini, Mohd Baharuddin Isa berkata, jumlah setakat Ahad lalu itu membabitkan agihan bantuan sebanyak RM5,289,000 kepada 10,578 orang daripada keseluruhan 11,256 penerima.

"Baki 678 orang lagi adalah penerima yang dijemput hadir pada majlis penyerahan tetapi tidak datang, mungkin disebabkan tidak dapat cuti, berada di luar kawasan dan ada juga tidak dapat dikesan kerana berpindah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Penyelaras Dun Mengkebang, Azizzuddin Hussein menyampaikan wang tunai BR1M dari rumah ke rumah kepada tiga penerima terlantar di Mukim Keroh dan Telekong, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pentadbir Mukim Dun Mengkebang, Che Kamaruddin Mat Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Telekong, Abdullah Abu Bakar.

Mengulas sesi penyerahan di rumah, Mohd Baharuddin berkata, inisiatif diambil selepas mendapat maklum balas daripada wakil penerima atau Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mukim terbabit.

"Bila terima maklumat penerima uzur, JPP akan hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Penyelaras Dun berkenaan untuk turun ke rumah penerima bagi menyampaikan bantuan.

"Kita nak mudahkan rakyat, dan menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar nak beri bantuan ini walaupun mereka tidak dapat hadir majlis penyerahan sebab sakit atau uzur," katanya.

Laporan akhbar sebelum ini menyatakan, seramai 15,494 penduduk Parlimen Kuala Krai layak menerima BR1M melibatkan peruntukan­ keseluruhan sebanyak RM7,747,000.

Bagi pengagihan bantuan itu, Umno bahagian ini selaku agensi pelaksana bersama JPP, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan BSN mengatur 38 majlis penyampaian dengan setiap program hanya melibatkan 500 penerima.

Sementara itu, Azizzuddin berkata, penyampaian BR1M terus ke rumah penerima itu adalah yang kedua di Dun Mengkebang selepas dua penerima di Mukim Kuala Nal dan Chenulang mendapat perkhidmatan sama, Selasa lalu.

Pada kali pertama katanya, bantuan dalam bentuk wang tunai RM500 itu disampaikan sendiri Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pegawai JPP jajahan, Mohd Daud Abu Yazid. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads