Sabtu, 7 April 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


LKIM Baiki 200 Rumah Nelayan Miskin | Detik Perubahan

Posted: 25 Mar 2012 02:26 AM PDT

LKIM memberikan bantuan pemulihan kepada kira-kira 200 buah rumah nelayan di DUN Perupok khas untuk nelayan miskin.

BACHOK – Nasib kira-kira 1,000 ahli keluarga nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok terbela apabila 200 buah rumah yang didiami mereka layak menerima bantuan pemulihan rumah yang dikhaskan bagi golongan nelayan miskin.

Penyelaras (Jabatan Pembangunan Persekutuan JPP) bagi kawasan terbabit, Datuk Mohammad Zaidi Sidek berkata, sebahagian mereka terpaksa tinggal di rumah-rumah usang yang hampir roboh hasil peninggalan orang tua masing-masing.

"Mereka tidak mampu membaikpulihnya berdasarkan pendapatan antara RM500 hingga RM600 sebulan," katanya selepas berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Nelayan Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.

Lebih 300 nelayan kawasan berkenaan menyertai majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mazlan Hamat.

Zaidi berkata, kerja-kerja mengenainya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula 1 April depan dimana dibawah fasa pertama membabitkan 60 buah rumah.

Katanya satu pasukan khas yang dianggtotai "tukang-tukang rumah" akan ditubuhkan bagi menjalankan gerak kerja membaikpulihnya secara gotong-royong.

Sementara itu, Mazlan ketika berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan sudah mengenalpasti kira-kira 1,000 buah rumah nelayan miskin di empat jajahan perlu dibaikpulih bermula awal bulan depan.

Katanya, ia membabitkan Jajahan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat yang memerlukan peruntukkan antara RM5 hingga RM10 juta.

"LKIM akan menilai keperluan sesebuah rumah mereka sebelum meluluskan peruntukkan minima RM5,000 dan maksima RM10,000," katanya.

Mazlan berkata kebanyakkan rumah-rumah mereka mengalami kerosakan teruk pada beberapa bahagian termasuk atap, ruang bumbung, dapur dan bilik tidur akibat angin kencang dari Laut Cina Selatan yang melanda sepanjang musim tengkujuh lepas.

Katanya, peruntukkan itu sebahagian daripada peruntukkan RM100 juta yang diluluskan oleh kerajaan pusat bagi tujuan membaikpulih rumah-rumah nelayan miskin di seluruh negara pada pembentangan bajet akhir tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads