Isnin, 21 Mei 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Misteri : Wanita 65, hilang <b>di Kota Bharu</b> ditemui di <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 09:50 PM PDT

KOTA BHARU: Walaupun misteri kehilangan Khatijah Ismail, 65, yang hilang di bandar ini, tetapi akhirnya ditemui di Medan, Indonesia belum terungkai, suaminya, Nik Mohamad Yusof, 65, bersyukur isterinya ditemui.
"Selepas isteri hilang, saya sekeluarga tidak berhenti berdoa, mengadakan solat hajat dan merujuk kepada pakar agama yang mendakwa isteri saya berada di sekitar sebuah masjid yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya. 
"Saya bersyukur kerana akhirnya isteri ditemui," kata Nik Mohamad Yusof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kundor, dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, semalam.
Menurutnya, kehilangan isterinya amat membimbangkannya kerana dia itu menghidap penyakit diabetes kronik dan memerlukan suntikan insulin setiap hari.
"Isteri sudah lama tidak sihat dan saya difahamkan pada hari terakhir sebelum hilang, dia terlupa menyuntik insulin dan mengambil ubat untuk penyakitnya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads