Ahad, 20 Mei 2012

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


GRO Thai Ditahan <b>Di Tumpat</b> | Detik Perubahan

Posted: 20 May 2012 06:31 AM PDT

WAKAF BHARU – Mungkin ramai yang berpendapat di negeri ini tidak ada pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan GRO.

Pendapat itu ternyata meleset apabila sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan seramai tujuh orang GRO warga Thailand ketika sedang asyik melayan 20 pelanggan di pusat karaoke, di Kota Kubang Labu kira-kira pukul 1 pagi tadi (Ahad).

Paling menarik, pusat karaoke yang berselindung disebalik nama restoran itu telah diserbu oleh pihak polis pada 11 Mei lalu dan menahan beberapa orang GRO asing.

Justeru itu, timbul tanda tanya kenapa tiada penguatkuasaan daripada Majlis Daerah Tumpat untuk menutup premis tersebut daripada terus beroperasi.

Sewajarnya Majlis Daerah Tumpat lebih peka dengan keadaan semasa tambahan pula ia mencemar nama baik negeri ini yang dikenali sebagai Negeri Serambi Mekah.

Tambah memalukan ketika serbuan terdapat pengunjung muslim yang dikatakan turut meneguk 'air syaitan' – arak.

Jurucakap polis berkata, pengusaha premis rumah kedai dua tingkat itu yang juga sepasang suami isteri turut ditahan.

"Kita sudah membuat serbuan namun mereka masih degil mengulangi kesalahan sama dan dalam serbuan kali kedua ini nampaknya semakin ramai GRO bekerja di sini.

"Kesemua wanita yang ditahan ini adalah warga asing yang tidak mempunyai permit kerja dan mereka telah menyalah gunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

"Kita turut merampas pelbagai peralatan karaoke termasuk pembesar suara, cakera padat (CD) serta komputer yang dianggarkan bernilai RM5,000," katanya.

Kesemua GRO terbabit akan didakwa di bawah Akta Imigresen manakala pemilik pusat hiburan itu akan didakwa kerana mengupah pekerja tanpa permit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads