Selasa, 19 Jun 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


N45 <b>Galas</b>: 1800 Anak Rantau <b>Kelantan</b> Bakal Pulang Mengundi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2010 10:53 AM PDT

PETALING JAYA: 28 Okt – Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menjangkakan kira-kira 10 peratus daripada 18,000 ahlinya akan pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.

Setiausaha Agung Perakan, Azman Awang berkata pihak pengurusan persatuan telah pun memaklumkan kepada ahli-ahlinya supaya pulang bagi melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari mengundi nanti.

"Kita jangka 1,800 ahli kita akan balik mengundi di Galas. Kita juga sudah memaklumkan kepada mereka melalui pengumuman di laman web dan surat rasmi daripada persatuan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peratusan pengundi luar di Kelantan akan balik mengundi pada pilihan raya kecil Galas pada 4 November ini.

Azman berkata, jumlah tersebut merangkumi ahli persatuan yang berada di seluruh negara.

"Jika hari mengundi jatuh pada hari bercuti kita pasti jumlah mereka dijangka akan balik mengundi pasti meningkat tapi kita maklum dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Khamis depan," katanya.

Menurutnya, pengundi di luar Kelantan boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil di Galas kerana mereka tidak terpengaruh dengan sentimen dan isu tempatan yang digunakan oleh parti yang bertanding.

"Sekiranya keputusan pilihan raya kali ini terikat, pengundi luar boleh jadi penentu kerana jumlah mereka agak besar," katanya.

Ditanya parti mana yang mempunyai peluang cerah untuk menang dalam pilihan raya kecil di Galas, Azman berkata: "Peluang sama rata kerana saya lihat tidak ada isu yang kuat digunakan pada kempen pilihan raya kali ini."

"Namun PAS masih berpeluang cerah untuk mempertahankan kerusi ini kerana Galas salah satu kubu kuat PAS," katanya.

Pada pilihan raya kecil kali ini PAS meletakkan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka sementara Barisan Nasional memilih Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim, 48, mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada Barisan Nasional dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.Kerusi itu mempunyai 11,553 pengundi berdaftar terdiri daripada 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

Daripada jumlah itu kaum Melayu merupakan majority pengundi 7,125 orang, Cina (2,317), India (185), Orang Asli (1,889) dan Bumiputera Siam (10).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads