Rabu, 27 Jun 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Pilihan Anda: Diculik <b>di Jeli</b>, dirogol <b>di</b> Grik dalam kereta

Posted: 25 Jun 2012 06:30 PM PDT

|

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.

Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

"Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu," katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Related Posts : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:30 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads