Selasa, 12 Jun 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BONGKAR PENIPUAN GUAN ENG <b>DI MACHANG</b> BUBUK HEBAT <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 07:32 PM PDT


Semalam di kawasan perkampungan  Bukit Teh , Machang Bubuk , dianggarkan 500 ke 600 orang penduduk sekitar  hadir ke pentas ceramah BONGKAR   penipuan kerajaan regim DAP P.Pinang  yang menampilkan Ketua Pemuda UMNO P.Pinang  Ir Shaik Hussein Mydin ,  Timb Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai penceramah utama .

Memang kena la dengan tajuk ceramah iaitu BONGKAR ... satu persatu penipuan regim DAP dibongkarkan seperti  isu skandal penjualan tanah Bayan Mutiara , penjualan tapak masjid & sekolah Bayan Mutiara , janji hapus tol Sg Nyior , isu rumah kos rendah tak dibina , isu rasuah Tunku Aziz , perobohan gerai-gerai peniaga Melayu , tanah wakaf , perumahan mewah diluluskan kerajaan DAP , pelantikan  YDP MAIPP dan lain-lain .

Memang berlambak sebenarnya isu-isu di P.Pinang yang membabitkan kerajaan DAP ini . Sebab itu la kaki penipu seperti  Guan Eng sudah banyak kali kantoi berbohong di media .

Datuk Musa Sheikh Fadzir bagitau kat orang PAS & PKR yang mai 

semalam duduk di celah pokok .." apa yang Adun PKR Machang Bubuk 

 bagi selepas 4 tahun memerintah ..bila nak minta khemah cari 

UMNO juga ..." 

Ketua Penerangan UMNO Bkt Mertajam , Ustaz Ahmad 

Lotfi Ibrahim dedahkan betapa takutnya DAP terhadap 

1 Malaysia sampai kalendar tertera gambar sikit pun

terpaksa di buat semula ...

Ketua Pemuda Bkt Mertajam Sdr Fauzi Sharif dedahkan 

fakta gerai -gerai Melayu yang dirobohkan kerajaan DAP

dan terbaru di Taman Ciku Bkt Mertajam ..

** video di you tube akan diupload nanti ...tak sempat semalam sebab dah mengantuk nak keja esok pagi ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads