Sabtu, 14 Julai 2012

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


SPRM serbu lombong emas haram <b>di Gua Musang</b>

Posted: 12 Jul 2012 10:00 PM PDT

Written by admin   
Friday, 13 July 2012 13:00

GUA MUSANG 12 Julai - Dua hari selepas Utusan Malaysia mendedahkan aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu salah sebuah lombong emas yang beroperasi di kawasan hutan Perasu dekat sini.

Dalam serbuan disertai 20 anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu, lima pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Indonesia ditahan manakala peralatan melombong yang dianggarkan bernilai RM1 juta turut dirampas.

Sebelum itu, dalam perjalanan masuk ke kawasan hutan tersebut, SPRM sempat menahan dua pekerja yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar sebatian tanah mengandungi emas dari lombong berkenaan. - UTUSANONLINE

MALAYSIA NEWS SPRM LOMBONG EMAS HARAM GUA MUSANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads