Ahad, 1 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


4500 Rumah Penduduk Miskin Dibaikpulih | Detik Perubahan

Posted: 30 Jun 2012 05:02 PM PDT

Awang Adek menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di DUN Jelawat.

 
Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK –  Sejumlah 4,500 rumah penduduk miskin di negeri ini bakal dibaikpulih melalui peruntukan wang ehsan bernilai RM9 juta dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, agihan peruntukan itu bakal disalurkan melalui 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri Kelantan.

Menurutnya, pemilihan akan dibuat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing bagi penduduk yang layak.

"Setiap DUN akan memperolehi RM200,000 untuk diagih-agih kepada penduduk miskin yang layak. Penduduk yang layak akan mendapat peruntukan yang kira- kira RM2,000 setiap rumah untuk membaikpulih rumah seperti atap, dinding dan papan lantai.

"Mereka yang layak akan mendapat bantuan itu tanpa mengira fahaman politik sebaliknya ia ditentukan oleh kelayakan kemiskinan bagi meringankan beban mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM337,000 kepada 448 mangsa ribut di kawasan DUN Jelawat di sini.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Cawangan Kelantan itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias  Hussin.

Bencana yang melanda di beberapa kampung sejak sebulan lalu itu memusnahkan kebanyakan rumah mereka terutama pada bumbung yang diterbang oleh angin kencang yang berlaku dalam masa yang singkat.

Beliau berkata, bantuan tersebut adalah susulan bantuan pemberian rumah dibawah projek Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang banyak dilaksanakan di seluruh negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads