Selasa, 3 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah <b>Di Kelantan</b>

Posted: 30 Jun 2012 10:35 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah Di Kelantan

BACHOK, 30 Jun – Kerajaan pusat menerusi pemberian Wang Ihsan memperuntukkan RM9 juta untuk membaik pulih 4,500 buah rumah rakyat miskin di Kelantan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan itu akan disalurkan menerusi 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Setiap DUN akan memperolehi RM200,000 untuk diagih-agih kepada penduduk miskin yang layak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM337,000 kepada 448 mangsa ribut di kawasan DUN Jelawat di sini, hari ini.

Bencana yang melanda di beberapa kampung sejak sebulan lalu itu memusnahkan kebanyakan rumah penduduk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang yang berlaku dalam beberapa minit.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Cawangan Kelantan itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, mereka yang layak akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, setiap mereka yang layak akan mendapat peruntukkan yang dianggarkan RM2,000 setiap rumah untuk membaik pulih seperti atap, dinding dan papan lantai.

Awang Adek berkata, pemilihan itu tidak berdasarkan kepada pegangan politik seseorang sebaliknya ia ditentukan oleh kelayakkan sebenar bagi meringankan beban mereka.

Berita Bertarikh 1 July 2012 (3 Hari Lalu) Pada 1:35 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads