Khamis, 19 Julai 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Team QPR tiba <b>di Kota Bharu</b> | Sokernet

Posted: 19 Jul 2012 02:02 AM PDT

Pasukan QPR tiba di Kota Bharu Kelantan dengan pesawat khas Air Asia

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kerjasama pelbagai pihak memberi sambutan meriah kepada pasukan Liga Perdana Inggeris, Queen Park Rangers (QPR).

Skuad bimbingan Mark Hughes tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dan kehadiran mereka diiringi beberapa acara seperti paluang gendang kelab penyokong, chant dari pihak Ultras The Red Mania selain perarakan kereta dari kelab Viva dan Vios Kelantan serta beratus-ratus motosikal.

QPR dijangka menyertai beberapa acara yang telah diatur kepada mereka termasuklah jamuan kehadiran di Hotel Grand Riverview sebelum turun ke stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk sesi latihan yang bakal disaksikan peminat The Red Warriors.

QPR akan menentang juara Liga Super 2012, Kelantan di Stadium Shah Alam malam esok. Kesemua pemain import yang dimiliki pasukan The Red Warriors akan diturunkan pada perlawanan berkenaan.

Menurut maklumat yang diberikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, Kelantan dijangka menurunkan dua pemain yang dipinjamkan kepada Kuala Lumpur, Zakaria Charara dan Emmanuel Okinne pada perlawanan tersebut.

Selain itu, mereka akan diperkuatkan dengan kehadiran dua tonggak baru, Keita Mandjou dan Mijo Dadic.

Kelantan turut memiliki Danny Antwi, Mohamad Ghaddar dan Obinna Nwaneri untuk mengekang barisan serangan Queen Park Rangers.

Kesemua mereka akan digandingkan bersama pemain tempatan dan skuad yang terkuat akan dimiliki Sang Kijang untuk mencapai sasaran tidak tewas kepada lawan dari England itu.

– www.RedsFC-News.net

Related posts

coded by nessus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads