Selasa, 18 September 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Ribuan serbu majlis Jamuan Hijau <b>di Machang</b>

Posted: 13 Sep 2012 07:32 PM PDT


(Tuan Guru Nik Aziz berucap di majlis Jamuan Hijau dekat Machang)

MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan menghadiri majlis Jamuan Hijau dan Xpresi Anak Muda yang diadakan sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan petang semalam.

Rakyat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat turut hadir menjayakan program yang diadakan di Padang Majlis Daerah Machang itu.

Tetamu semakin ramai khususnya di saat-saat kedatangan  Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Artis Abby Abadi turut mencipta kenangannya yang tersendiri apabila beliau turut diserbu peminat pada program itu.

Tuan Guru turut menyampaikan duit hari raya kepada kanak-kanak sempena majlis itu.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa gembira kerana ribuan hadir pada program yang diadakan di peringkat negeri Kelantan itu.

"Malam ni datang lagi ramai-ramai untuk mendengar ceramah,"ujarnya sambil disambut takbir yang hadir.

Abby Abadi, yang berpakaian jubah hijau dan tudung hijau, turut berucap pada majlis itu.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana sering diundang oleh orang Kelantan untuk menyampaikan ceramah.

Sementara itu, sempena jamuan hijau sebanyak 14 kawasan membawa juadah masing-masing seperti nasi dagang, nasi arab, kuih-muih, tapai beras, sate, colek dan berbagai lagi.

Cuaca yang yang baik pada hari ini membuatkan program berjalan lancar.


(Antara orang ramai yang hadhir)

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, pimpinan parti semua peringkat termasuk wakil-wakilrakyat dan wakil-wakil PKR.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dan Dewan Pemuda PAS negeri turut mengadakan program masing-masing.

Program muslimat diadakan pada sebelah pagi dengan beberapa persembahan seperti nasyid, pembacaan puisi, sketsa, ceramah oleh Anggota Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamed dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Program berkenaan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang.

Manakala Xpresi Anak Muda pula diadakan selepas solat Asar dengan pengisian dikir barat dan ceramah motivasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads