Selasa, 25 September 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Pas Bachok Bergolak – Berebut Untuk Menjadi Calon | Detik <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 10:26 PM PDT

BACHOK – Pas kawasan Bachok dikatakan sedang menghadapi masalah besar kerana perebutan di antara pemimpin kawasan tersebut untuk menjadi calon wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Semuanya bermula apabila Pas kawasan itu menolak bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang penyandang kerusi Ahli Parlimen Bachok untuk dicalonkan semula biarpun ia Pas Pusat dikatakan bakal mencalonkan beliau semula.

Menurut sumber dalaman, ekoran dari perebutan kerusi tersebut, Pas Bachok terpaksa mengambil keputusan jalan tengah dengan meletakkan tokoh veteran yang juga Yang Dipertua Pas kawasan itu, Datuk Omar Mohammed untuk mengisi tempat yang bakal dikosongkan oleh Nasharuddin.

"Masaalah sekarang apabila Ketua Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaary sedang melobi untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen tersebut, gerakan itu telah bermula sehingga menyebabkan persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya terganggu.

"Marzuk adalah orang kuat Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Ab Rahman dan dikatakan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak suka dengan cara Marzuk disebabkan dia didik oleh Datuk Husam Musa," katanya kepada DetukPerubahan.com.

Difahamkan 70 peratus cawangan Pas di seluruh kawasan itu mahukan Omar bertanding di Parlimen dan tempatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok digantikan oleh Setiausaha Pas Bachok, Huzaimy Husin.

Huzaimy adalah individu yang bertanggungjawab menjaga 'air muka' Pas Bachok selepas Nasharuddin tidak balik ke kawasan dan bagi mengenang jasa tersebut, Omar dikatakan menjanjikan tempat kepada Huzaimy pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sekiranya masalah Marzuk tidak dapat diselesaikan juga, Pas kawasan Bachok mungkin akan mengambil inisiatif lain dengan memberikan kerusi itu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika ini berlaku, mungkin bekas Ketua Pemuda UMNO Bachok, Zaiyadi Awang Noh yang baru menyertai PKR akan menjadi calon di kawasan berkenaan biarpun dia ditolak oleh majoriti penyokong Pas disebabkan keluarganya adalah orang UMNO.

"saya juga difahamkan Pas tidak berani untuk memberikan kerusi tersebut kepada PKR kerana ia adalah kubu kuat mereka dan bakal berhadapan dengan calon hebat dari UMNO, Datuk Dr. Awang Adek Husin," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Nasharuddin telah menewaskan Awang Adek dengan majoriti 2,901 undi. Pas turut menyapu bersih tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads