Rabu, 24 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Ayuh sihatkan badan! | Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) <b>Chiku</b>

Posted: 20 Oct 2012 02:18 AM PDT

Hai kawan-kawan! Apa khabar? Haaa...ni nak kongsi sikit dengan kawan-kawan..
Kejadiannya baru sahaja pagi tadi dimana berlangsungnya Karnival Sukan PAPN Chiku 2012.
Program bermula seawal jam 9.00 pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Negeri Kelantan, PERMATA, 1 Malaysia dan 1 Malaysia (koir pelajar-pelajar Universiti Lim Kok Wing).
Yang terkejutnya, golongan ibu-ibu ni minta untuk pasang lagu Chicken Dance! WOOOW!!! Boleh saja! Selesai buat Chicken Dance, kami mulakan sesi pemanasan badan.
 Pandang ke atas ye kawan-kawan...


Hari ini juga, kami menerima kehadiran seseorang yang tidak di sangka-sangka. Hmmm...nak tahu siapa?? Tentulah Teacher Muss!! Terima kasih, Teacher Muss kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis kami ni. Kami mengalu-alukan kedatangan Teacher Muss di sini.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu bagi melancarkan Karnival Sukan PAPN Chiku 2012.
Segala kerjasama dan tenaga yang telah dicurahkan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Kita jumpa lagi tahun hadapan dengan acara yang lebih hebat dan suasana yang lebih menghiburkan!
Sama-sama kita lihat antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads