Isnin, 8 Oktober 2012

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Rumah Rehat Majlis Daerah <b>Dabong</b> Diswastakan - Kota Bharu News

Posted: 01 Oct 2012 08:30 PM PDT

KUALA KRAI - Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong (MDD), di sini, diswastakan sejak Ogos lalu, selaras usaha menjadikan daerah ini destinasi pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12).

Setiausaha MDD, Md Yani Mat Zin berkata, penswastaan itu membolehkan segala aktiviti pelancongan di Dabong dilaksanakan dengan lebih fokus dan teratur, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke daerah ini.

"Susulan penswastaan ini, Rumah Rehat MDD kini jadi 'one stop centre' atau pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk aktiviti pelancongan terutama di Dabong.

"Selain pemandu pelancong dan pakej pelancongan untuk beberapa tempat menarik sekitar Dabong seperti Gunung Stong dan Gua Ikan, pengurusan baru juga boleh uruskan pakej pelancongan ke tempat lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong, Arifabillah Ibrahim melawat rumah rehat itu yang terletak di hadapan Pejabat MDD, dekat sini.

Bangunan dulunya dikenali sebagai Rumah Rehat Majlis Daerah Kuala Krai Selatan (MDKKS), dibuka secara rasmi oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob pada Disember 1982.

Antara kemudahan disediakan ialah tiga bilik penginapan untuk keluarga dan bakal bertambah satu lagi sebaik sahaja kerja ubah suai di bangunan itu siap dalam masa terdekat.

Sementara itu, Arifabillah menyambut baik langkah penswastaan itu kerana secara tidak langsung dapat membantu membangunkan usahawan bumiputera dengan beri peluang kepada mereka menceburkan diri dalam sektor pelancongan.

Pada masa sama katanya, beliau mengharapkan pengurusan baru dapat mempertingkatkan lagi kemudahan dan kualiti perkhidmatan sedia ada di rumah rehat berkenaan.

"Saya harap pihak pengurusan baru dapat menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan di rumah rehat ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Dabong.

"Walaupun diswastakan, saya yakin caj dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan bawah pengurusan baru juga berpatutan dan tidak tinggi," katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, berita penswastaan tersebut belum tersebar luas apabila masih ramai menghubungi MDD bagi menempah bilik di rumah rehat berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads