Selasa, 30 Oktober 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Wang Rakyat Bina Lebuhraya Kota Baru-<b>Kuala Krai</b> Bakal Lesap <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 05:09 AM PDT

KECOH sebelum ini di Kelantan apabila Kerajaan PAS Negeri itu melancarkan kutipan derma dari rakyatnya untuk mengumpul dana bagi membina lebuhraya Kota Baru – Kuala Krai yang dijangka menelan kos RM1.8 bilion.

Lebuharaya dua lorong sehala itu kononnya akan dibina dengan "duit rakyat" dan dikhabarkan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak akan mengenakan sebarang pembayaran tol terhadap pengguna lebuhraya berkenaan.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar ada bertanya kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor mengenai cadangan Kerajaan PAS pimpinan Nik Aziz untuk membina lebuhraya tersebut.

Apa yang mengejutkan saya ialah Menteri berkenaan memberitahu Dewan Rakyat bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan dari Kerajaan PAS Negeri Kelantan untuk membina lebuhraya berkenaan!

Shaziman memaklumkan bahawa beliau hanya dihubungi oleh seorang Exco Kerajaan PAS Kelantan yang memaklumkan tentang cadangan tersebut tanpa sebarang permohonan rasmi dari pihak Nik Aziz mahupun Exco berkaitan.

Persoalannya, PAS Kelantan sudah lama mengutip derma dari rakyat Kelantan untuk tujuan membina lebuhraya berkenaan, tapi sehingga kini mereka belum pun memohon secara rasmi kepada Kementerian Kerja Raya untuk membina lebuhraya tersebut!

Jadi, apakah Kerajaan PAS Kelantan serius untuk membina lebuhraya Kota Baru – Kuala Krai yang digembar-gemburkan itu?

Selain itu, mengapa Kerajaan PAS Kelantan berani mengutip derma untuk membina sesuatu yang belum dapat lagi dipastikan pembinaannya diluluskan atau tidak?

Persoalan yang paling utama, wajarkah Kerajaan PAS Kelantan membina lebuhraya tersebut dengan wang saku rakyat sedangkan Nik Aziz dan kerajaan pimpinannya bertanggungjawab menyediakan dana bagi tujuan tersebut!

Seperkara lagi, saya mendapat maklumat bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan kepada cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai itu di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) nanti.

Dalam ertikata lain, Kerajaan Pusat memang berura-ura untuk membina lebuhraya tersebut dengan melalui Kementerian Kerja Raya dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Jadi, jika Kerajaan Pusat membina lebuhraya Kota Baru – Kuala Krai itu nanti, apakah yang akan terjadi kepada wang rakyat yang terkumpul melalui "derma paksa" yang dikutip oleh PAS Kelantan itu?

Apakah wang rakyat tersebut akan dikembalikan kepada penderma asalnya atau ia akan digunakan oleh PAS sebagai wang kempen bagi persediaan PRU ke-13 nanti?

Bukan apa, saya risau sekiranya wang derma yang berjumlah ratusan juta ringgit itu akan "ghaib" begitu saja sebagaimana yang pernah berlaku kepada Tabung Memali di Baling, Kedah, di mana wang derma kepada balu dan anak-anak yatim hilang entah ke mana.

Lagipun, PAS mempunyai "sejarah songlap wang" yang agak sukar untuk diterjemahkan dan sekiranya tidak dipantau atau diingatkan ia bakal lingkup sebagaimana yang berlaku kepada Tabung Amanah Kohilal.

Bayangkan, duit Kohilal yang merupakan syarikat PAS itu pun boleh dilesapkan oleh pak-pak lebai PAS, apatah lagi wang derma lebuhraya Kota Baru – Kuala Krai yang sudah dikutip tersebut!

Justeru itu, saya fikir, adalah menjadi satu kewajipan bagi kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz itu untuk menjelaskan mengenai wang rakyat tersebut sejelas-jelasnya dan sekiranya wang tersebut tidak akan digunakan, maka serahlah balik kepada tuannya.

Atau PAS memang selesa dengan cara itu, sama seperti yang dilakukan oleh PKR?

- PANDORA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads