Isnin, 29 Oktober 2012

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Bila Air <b>Di Pasir Mas</b> Nak Bersih | WRSyndicate

Posted: 01 Aug 2012 10:53 PM PDT

KOTA BHARU  - Mampukah pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah air sedangkan tak lama lagi umat Islam akan menyambut aidilfitri. Krisis bekalan air yang melanda daerah Pasir Mas dijangka berlarutan ekoran syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mengakui tidak mampu untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat ini.

Pengurus Besar AKSB, Ir. Mohamad Hanapi Mahmud ketika dihubungi mengakui masalah tersebut akan hanya dapat diselesaikan sekiranya hujan dalam masa terdekat ini kerana segala usaha yang dilakukan mereka tidak mencukupi.

Beliau berkata, Loji Rawatan Air Kelar yang menyalurkan air bersih ke kawasan Pasir Mas dan Tanah Merah ketika ini tidak dapat menyedut air dari Sungai Kelantan berikutan paras air rendah akibat kemarau di kawasan hulu Kelantan sejak seminggu lalu.

"Masalah sekarang kita tidak dapat menyedut air sungai untuk diproses dan kita telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan saluran tambahan untuk menyedut air, tetapi ia masih tidak cukup untuk menampung permintaan pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads