Rabu, 14 November 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


BN Sedia Hadapi PKR <b>Di Bachok</b> | MyNewsHub

Posted: 22 Sep 2012 03:22 AM PDT

BACHOK – Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak berasa bimbang sekiranya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di Parlimen Bachok.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia kerana BN telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Kita telah bersedia untuk berdepan parti pembangkang Kita bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya pada majlis Astro Fiesta Mesra Belia di Beris Kubur Besar di sini hari ini.

Beliau mengulas desas desus Ketua UMNO Bahagian Backok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin akan ditentang calon PKR bagi kerusi kawasan Parlimen Bachok yang kini diwakili bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, sokongan golongan muda terhadap BN semakin meningkat dan perkara itu boleh dibuktikan melalui penglibatan golongan itu dalam program BN.

Malah, katanya, sambutan golongan muda terhadap program yang dianjurkan BN pada hari ini cukup menggalakkan maka BN akan memperbanyakkan lagi program belia di seluruh negeri.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads