Sabtu, 24 November 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: 50 ahli PAS sertai UMNO <b>di Kelantan</b>

Posted: 18 Nov 2012 03:30 PM PST

Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di Bachok menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno malam tadi.
Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang dari kumpulan terbabit yang diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.
"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang itu di majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.
Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang dalam pilihanraya umum akan datang.

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.
Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads