Isnin, 26 November 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


350 belia sertai Jelajah Gelombang Merah | Malaysia Zoom

Posted: 24 Nov 2012 03:10 PM PST

KOTA BHARU 23 Nov. – Seramai 350 peserta terdiri daripada golongan belia di negeri ini menyertai konvoi Jelajah Gelombang Merah, Gelombang Rakyat yang bermula hari ini sehingga esok.

Program anjuran Pertubuhan Belia 1Kelantan itu akan menyaksikan peserta menjelajah dengan menaiki lebih 120 buah kenderaan ke seluruh pelosok negeri ini dalam memberikan penerangan kepada rakyat tentang kegagalan pentadbiran kerajaan Pas selama 22 tahun memerintah Kelantan.

Majlis pelepasan konvoi tersebut yang bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Enggang di sini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Pengerusi pertubuhan itu, Anuar Safian berkata, peserta konvoi akan mengupas isu-isu di Kelantan, selain menuntut kerajaan Pas menunaikan janji.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, rakyat Kelantan perlu tahu tentang kelemahan pentadbiran kerajaan Pas dan harus segera melakukan perubahan politik.

"Program tersebut juga akan memastikan blia-belia di negeri ini menyelami bersama-sama pemimpin setempat untuk bersama-sama bekerjasama melakukan perubahan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, konvoi tersebut akan menuju ke pekan Jelawat, Bachok di sini bagi mengedarkan risalah Kesedaran Rakyat Kelantan Bersama Gelombang Merah kepada penduduk setempat.

Para peserta kemudiannya akan menyelusuri Jalan Beris Lalang, melalui kawasan pelupusan sampah Majlis Daerah Bachok dan bersama-sama penduduk melakukan protes kewujudan tempat pelupusan sampah berkenaan.

Kata Anuar, selepas itu, para peserta akan bersama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di Tapak Lebuh Raya Rakyat di Kampung Berangan Mek Nab, Machang.

"Pada sebelah petang kita akan singgah di perkampungan Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang untuk bersama penduduk di kawasan itu.

"Pelbagai aktiviti akan diadakan di sana seperti majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli dan kenduri rakyat," katanya.

Tambahnya, konvoi akan diteruskan ke daerah Jeli dan diadakan demonstrasi tentang isu Ladang Rakyat bersama NGO setempat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads