Jumaat, 9 November 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Pemimpin Bersama Rakyat <b>Di</b> Kg <b>Pasir Puteh</b>, Ulu Sipitang. | Berita <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 08:26 PM PDT

 SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Pegawai Daerah Sipitang menyampaikan sumbangan tong sampah kepada salah seorang penduduk kampung di majlis tersebut.
 TINJAU…Sapawi bersama penduduk kampung meninjau kebersihan kawasan perumahan kampung tersebut.
 Wakil Pegawai Kesihatan Sipitang Jaini Puasa (kiri) menyampaikan tong sampah kepada Ketua Kampung Ulu Sipitang Liman Dulapit.
 AMANAT…Sapawi sedang menyampaikan nasihat kepada penduduk kampung tersebut.

SIPITANG: "Perkasakan dan perhebatkan amalan gotong royong di kalangan masyarakat."

            Harapan dan saranan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis gotong royong di Kampung Pasir Puteh ulu Sipitang dekat sini kelmarin.

            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Wakil Pegawai Kesihatan Sipitang Jaini Puasa, Pegawai Jasa Sipitang Buang Bulat, Wakil Ketua Anak Negeri Abdul Rahim Yahya, Ketua Kampung Ulu Sipitang Liman Dulapit dan Ketua Umno Zon Ulu Sipitang Daim Bakar

            Sapawi berkata amalan itu bukan sahaja dapat mengajak masyarakat untuk mengikat perpaduan dan persefahaman tetapi juga mengajak masyarakat untuk mementingkan soal kebersihan.

            "Amalan ini mengajak kita kepada kebaikkan dan ia sememangnya wajar dijadikan budaya kita," katanya lagi.

                Katanya amalan tersebut dapat mendidik masyarakat kepada kebaikkan dan seterusnya menjadi masyarakat peka kepada soal keharmonian dan juga kemakmuran.

            Menurutnya kepekaan dan keprihatinan masyarakat terhadap persekitaran amat penting terutamanya soal kebersihan.

            Beliau berkata soal kebersihan perlu dijadikan sebagai keutamaan kepada kehidupan masyarakat seharian.

            "Lima kes demam denggi mungkin disifatkan sebagai jumlah yang agak kecil tetapi ia perlu dilihat dan diberikan perhatian yang serius," katanya dan menambah perkara itu mampu disifarkan dengan masyarakat turut sama memastikan kebersihan dalam dilaksanakan.

            Pada majlis itu, Datuk Sapawi menyampaikan 86 buah tong sampah kepada penduduk yang menjayakan gotong-royong berkenaan.Pada majlis itu,

Beliau turut mempertimbangkan permintaan penduduk agar membina dua buah jambatan gantung dan memasang lampu gelanggang untuk manfaat belia serta penduduk kampung berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads