Khamis, 13 Disember 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


PAS Cuba Rampas Tanah Wakaf dan Pondok Untuk Jadi Markas <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 04:58 AM PST

Nampaknya tragedi Madrasah Salihiah masih berterusan di Kedah. Pentadbiran PAS Kedah tidak serik-serik untuk memusnahkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pembelajaran dan penyuburan ilmu di kalangan umat Islam di negeri Kedah, asalkan dapat memenuhi nafsu mereka. Mereka tidak peduli dengan kebajikan rakyat, sebaliknya lebih mementingkan kedudukan parti tersebut biarpun akhirnya yang rugi adalah umat Islam dan rakyat Kedah secara keseluruhannya. 

Terbaru, laporan polis telah dibuat oleh Pengerusi JKKKP Huma Besar, Zolkfli bin Haji Deris pada 10 Disember lalu berhubung kejahatan pemimpin-pemimpin PAS.

Dalam laporannya, Zolkfli mendedahkan modus operandi PAS yang telah menukarkan sebuah pondok pengajian yang dikenali sebagai Tarbiyah Awladiyah sebagai Pondok Ar-Irshad setelah berjaya mempengaruhi Tuan Guru Pondok pada ketika itu, Allahyarham Haji Abdul Mutalib bin Jaafar. PAS berhasrat menukarkan Pondok Tarbiyah Awladiyah sebagai Markas PAS DUN Ayer Puteh yang sekarang ini dikenali sebagai DUN Sungai Tiang.

Semuanya berpunca daripada pemimpin dan penyokong PAS setempat yang telah berjaya 'merampas' jawatan AJK Pondok dari tangan mereka yang lebih layak. Kerakusan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS itu telah menyebabkan prestasi Pondok Tarbiyah Awladiyah merosot dengan teruk.

Pondok berkenaan dilihat sebagai pemangkin untuk memecahkan kekuatan UMNO memandangkan Sungai Tiang merupakan antara kubu kuat UMNO di kawasan Pendang. Gagal beroperasi seperti sebuah parti politik biasa, PAS Pendang cuba menggunakan agama sepertimana modus operandi mereka mengkafirkan, mentaghutkan dan memurtadkan orang-orang UMNO dari tahun-tahun 1970-an lagi. Bahkan untuk mengejapkan lagi tuduhan mereka terhadap orang UMNO, solat Jumaat secara berasingan daripada kariah telah diamalkan melibatkan sebahagian pelajar dan tenaga pengajar di pondok berkenaan. 

Akibatnya, bilangan pelajar semakin merosot. Pelajar-pelajar sedia ada, ramai yang angkat kaki. Kemasukan pelajar-pelajar baru pula, amat menyedihkan. Pondok Tarbiyah Awladiyah yang telah ditukarkan namanya menjadi Pondok Ar-Irshad telah bertukar sepenuhnya sebagai Pusat Operasi PAS sepenuh masa.

Ceramah-ceramah PAS yang penuh dengan maki hamun dan ajakan agar umat Islam berpecah belah, kerap kali dilaksanakan di pondok berkenaan. Pondok semakin lengang. Pengambilan pelajar-pelajar baru tidak lagi dapat dilakukan. Ibu bapa enggan menghantar anak-anak mereka untuk menjadi kader PAS di pondok tersebut. 

Ini menyebabkan AJK Pondok bertelingkah sesama sendiri. Berasakan Pondok Tarbiyah Awladiyah tidak lagi berguna sebagai pusat operasi yang gagal mengumpulkan kekuatan untuk PAS, para pemimpin dan penyokong PAS setempat telah membina Balai Islam di Kampung Perupok. 

Hilang sudah kepimpinan PAS lama, muncul pula kepimpinan PAS yang baru. Kepimpinan PAS yang baru, kembali melihat Pondok Tarbiyah Awladiyah sebagai sumber kekuatan mereka. Dengan memberi alasan, kononnya PAS sedang berusaha mencari dana atau pembiaya dari Kuala Lumpur untuk memajukan pondok pengajian tersebut, PAS Pendang cuba membuat come-back. 

Semuanya kerana PRU13 semakin hampir dan PAS Pendang berasakan, mereka perlu mengekalkan penguasaan di daerah tersebut dengan menguasai setiap pondok pengajian yang ada. Apatah lagi Tarbiyah Awladiyah terletak di Sungai Tiang yang merupakan kubu kuat UMNO.

Laporan polis terpaksa dibuat oleh Pengerusi JKKKP Huma Besar, bagi menghalang kepimpinan PAS setempat dan luar daripada merampas TANAH WAKAF dan pondok pengajian tersebut untuk ditukarkan menjadi pusat gerakan dan operasi parti tersebut. Dan yang terlebih penting, laporan polis tersebut PERLU DIBUAT bagi menghalang mana-mana penjawat PAS mahupun penyokong mereka daripada MENGUGUT, MENGANCAM dan MENIPU dalam apa juga bentuk terhadap HAJAH AISHAH BINTI HAJI HUSSAIN yang merupakan PEWARIS TANAH WAKAF PONDOK TARBIYAH AWLADIYAH, HUMA BESAR, PENDANG.

Sebelum ini telah terdengar ura-ura yang gerombolan PEMUDA PAS PENDANG sedang merancang untuk MENYERANG serta MENGUGUT HAJAH AISHAH dan kaum keluarganya bagi membolehkan PAS menguasai semula pondok dan tanah wakaf tersebut. Bagaimanapun Pemuda UMNO telah memberi amaran bahawa sebarang tindakan dari Pemuda PAS Pendang akan mendapat reaksi daripada mereka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads