Selasa, 15 Januari 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Pasir Puteh</b> Sumbang Bantuan 700 Kampit <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 12:36 AM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Pasir Puteh Sumbang Bantuan 700 Kampit Beras Kepada Mangsa Banjir

PASIR PUTEH, 26 Dis – UMNO bahagian Pasir Puteh menyumbang sebanyak 700 kampit beras bernilai RM14,300 kepada mangsa banjir dari empat buah kampung di sini.

Ketuanya Zawawi Othman berkata bantuan itu diagih-agihkan sendiri kepada hampir 700 mangsa terutama yang tidak dapat berpindah ke pusat pemindahan.

"Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada golongan petani miskin sangat memerlukan bantuan itu," katanya pada majlis memasak makanan bagi 219 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil 1 di sini.

Zawawi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata mereka yang menerima bantuan itu tinggal di Kampung Gong Chokoh, Gong Pasir, Kampung Wakaf dan Sungai Kelong.

Katanya kebanyakan rumah mereka dinaiki air sedalam antara 0.5 dan 1 meter akibat limpahan air sungai berdekatan dengan rumah masing-masing.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan bancian untuk memohon bantuan daripada kerajaan pusat berikutan kerosakan harta benda serta tanaman disebabkan banjir.

Berita Bertarikh Pada 26 December 2012 4:36 PM

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads