Khamis, 3 Januari 2013

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Janji PRU13: Umno <b>Pengkalan Chepa</b> Mahu Lakukan Perubahan <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 10:57 PM PST

datuk-dali-husin1KOTA BHARU – Umno Pengkalan Chepa berhasrat untuk menukar wajah kawasan perindustrian di sini jika diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umnonya, Datuk Dali Husin berkata, kawasan tersebut sudah sinonim dengan gelaran kawasan perindustrian tetapi jika dilihat akhir-akhir ini ramai pelabur sudah meninggalkan Kelantan dan membiarkan ia sepi tanpa sebarang aktiviti ekonomi.

"Perdana Menteri, Datuk Swri Najib Tun Razak sudah memberi kebenaran kepada kami untuk menambah perancangan tersebut di dalam manifesto dan ia bukan sekadar untuk menambat hati rakyat semata-mata hendak menang pilihan raya.

"Tetapi kami akan melakukannya mengikut keupayaan dan yang paling utama adalah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau menyampaikan Bantuan Wang Ehsan Kepada Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa iaitu seramai 600 orang melibatkan jumlah bantuan bernilai RM368,900.

Menurutnya, jarang kedengaran orang datang ke negeri ini untuk mencari pekerjaan tetapi orang di sini berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki sudah menjadi kebiasaan.

Beliau berkata, melihat kepada masalah tersebut pihaknya berazam untuk membaik pulih ekonomi setempat dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda dengan memperkasakan kembali kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.

Dali berkata, pihaknya juga akan manaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

"Selepas ini rakyat Kelantan tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur mahupun Terengganu untuk menunaikan fardu haji di Mekah tetapi boleh terus ke sana melalui negeri ini.

"Semua itu tidak mustahil jika rakyat memberi kepercayaan kepada kami sekali lagi untuk mencorakkan kembali negeri ini," katanya.

Beliau berkata, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang terletak di kerusi Dewan Undangan Negeri Kijang juga turut tersenarai dalam pertimbangan mereka.

Katanya, kompleks tersebut sepatutnya mampu menampung hasil tangkapan nelayan tempatan dan meningkatkan ekonomi rakyat di sekitarnya.

Dali berkata, bagaimanapun akibat kegagalan pihak berkenaan kini hampir 500 nelayan yang masih aktif di sini tidak dapat menggunakan kemudahan yang ada, malahan mereka terpaksa bekerja mengikut musim.

"Jika muara cetek nelayan tidak dapat turun ke laut dan ia sudah lama berlarutan sehingga menjejaskan sumber pendapatan mereka. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads